kempen Jejak prihatin
minggu ke-9

Aimi
Shahirah Binti

Abu Samah

Sabda rasulullah saw

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.”


(Hadis riwayat at-Tabrani)

SETAKAT HARI INI LEBIH 1400 KELUARGA ASNAF TELAH DI BANTU! SASARAN SEBANYAK

3000 KELUARGA LAGI DI BANTU DALAM MASA TERDEKAT. KERANA INILAH KAMI MEMERLUKAN SOKONGAN ANDA!

Bayangkan Jika Kita Berada
Di Tempat Mereka..

Dalam keadaan yang kian mencabar, tentunya setiap bantuan begitu bermakna kepada mereka yang memerlukan.
 
“Barang siapa melapangkan kesempitan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melapangkan baginya kesusahan di hari kiamat, dan barang siapa memudahkan kesukaran seseorang, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat.”
(HR Muslim)
 

Jom Bersama Kami

Kempen yang diberi nama JEJAK PRIHATIN ini dijayakan oleh USTAZUSTAZAH.COM dengan kerjasama PERSATUAN KEBAJIKAN UNTUK KEMANUSIAAN (Charity 4 Humanity).
 
Pertubuhan ini berdaftar di Malaysia dengan No. pendaftaran PPM-018-05-21092020
 
Kempen ini mensasarkan mereka yang tidak berkemampuan dalam menghadapi keadaan sekarang. Kita cuba pastikan mereka mendapat bantuan dengan segera!
 
Kempen ini telah digerakkan secara percuma dengan dana yang dikumpul oleh persatuan, dengan sokongan anda dapatlah kita bersama mengumpul pahala saham Akhirat.

Sembuhkan Malaysia!

Jejak Prihatin juga telah menjalankan program sembuhkan Malaysia bagi membantu memudahkan urusan Hospital dan Frontliners yang terkesan. Sebanyak RM75,000 telah disumbangkan melalui kempen ini.

Sedekahlah Buat Diri Sendiri, Ahli Keluarga Yang Hidup Atau TelahMeninggal Dunia.

Atas sumbangan anda, kami akan mengadakan majlis bacaan doa dan tahlil untuk para penyumbang. Sumbangan RM500 ke atas akan dikeluarkan sijil penghargaan mankala sumbangan RM1000 akan diberikan cenderahati dari ustazustazah.com.

Rebut peluang keemasan ini. Ustaz yakin anda telah dipilih Allah untuk membantu kami. Aaminn.
 
IKHLAS,
Ustaz Hafiz Zainal Abidin
Penasihat Syariah ustazustazah.com

***NOTA : SUMBANGAN YANG DITERIMA AKAN DIGUNAKAN UNTUK PROJEK MASJID, PENGURUSAN DAN PROJEK KOMUNITI.