49 HARI LAGI MENUJU RAMADAN ❤
- Posted by pengurus
- Categories Blog, Solat, UstazUstazah.Com
- Date February 16, 2022
Solat Sunat Witir ✅
Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah: “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi:
“Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”
(Hadis Riwayat al-Tirmudzi dan al-Hakim r.a.)
Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:
“Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”
(Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat.
Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
#49HariLagi #Ramadan #RamadanTerbaik #Jomshare #UstazUstazahCom