• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • DISUDAHI DENGAN HAMDALAH

    DISUDAHI DENGAN HAMDALAH

    • Posted by Muiz
    • Categories alquran, Rezeki, Uncategorized
    • Date September 27, 2022

    HAMDALAH, APA ITU HAMDALAH?

    Hamdalah adalah kalimah “Alhamdulillah”. Menurut kamus dewan, definisi bagi perkataan Alhamdulillah adalah: Segala pujian bagi Allah. Kalimah ini digunakan sebagai ungkapan menandakan rasa syukur.

    SYUKUR, APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SYUKUR?

    Menurut kamus dewan, definisi bagi perkataan syukur adalah: Terima kasih.

    Ini bermakna, hamdalah adalah suatu kalimah yang diungkap untuk menandakan rasa berterima kasih seorang hamba kepada Tuhannya.

    KEUTAMAAN HAMDALAH

    Tahukah anda, kalimah Alhamdulillah merupakan ayat kedua di dalam Al-Quran? Jika anda tidak percaya, sila buka mashaf Al-Quran anda dan lihat ayat kedua Surah Al-Fatihah. Allah SWT berfirman:

    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Surah Al-Fatihah 1:2

    Ayat ini letaknya selepas ayat pertama yang merupakan basmillah, yang mana keutamaannya saya telah terangkan dalam artikel sebelumnya. Alhamdulillah.

    FAEDAH BERSYUKUR

    Antara faedah bersyukur kepada Allah SWT adalah bertambahnya nikmat yang disyukuri tersebut. Sebagaimana firman Allah SWT:

    Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. Surah Ibrahim 14:7

    Oleh itu, saya mengesyorkan kepada pembaca sekalian untuk banyak bersyukur kerana balasan untuk mereka yang tidak bersyukur amatlah dahsyat.

    Selain itu, dengan bersyukur, kita dapat mengagalkan rancangan jahat Iblis. Allah SWT berfirman:

    “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. al-a’raf 7:17

    Berdasarkan ayat ini, dapatlah kita fahami bahawa Iblis berhasrat untuk menjadikan kita seorang yang kufur. Allah SWT berfirman:

    “…Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur”. Surah Saba’ 34:13

    Dengan bersyukur, kita dapat menjadi hamba Allah yang disayangi kerana sikitnya mereka yang bersyukur, berbanding mereka yang tidak bersyukur.

    HAMDALAH SATU CARA UNTUK BERSYUKUR

    Hamdalah adalah salah satu cara untuk bersyukur. Kalimah hamdalah ini boleh digunakan setiap kali timbul rasa terima kasih kepada Allah di dalam hati. Setiap perbuatan yang dimulai dengan basmalah elok diikuti dengan hamdalah.

    Sebagaimana doa sebelum makan  dan tidur dimulai dengan basmalah, manakala doa selepas makan dan bangun tidur pula dimulai dengan Alhamdulillah. Ini kerana setiap perbuatan yang baik, yang dikurniakan keberkatan kepadanya, patut disyukuri. Bersyukur kerana Allah SWT yang telah memberi kita kekuatan untuk melaksanakannya. Semoga kesyukuran kita dapat menambah laki keberkatan dan memudahkan kita untuk mengulangi perbuatan baik tersebut.

    Kesimpulannya, bersyukurlah kita, semoga kita tergolong di dalam golongan hamba Allah yang bersyukur dan bukanlah mereka yang kufur.

    • Share:
    author avatar
    Muiz

    Previous post

    Suburkan Syukur
    September 27, 2022

    Next post

    BAHAGIA DENGAN SALAM
    September 27, 2022

    You may also like

    Pink Yellow Gradient Wine Purple Cute Illustration Teach Children During Ramadan Instagram Post
    AYUHAL WALAD (WAHAI ANAK-ANAK)
    20 November, 2023
    AAR78366
    MUKMINKAH AKU? SIRI 3
    17 November, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.