• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • FAHAMI AGAMA LAIN KUNCI TOLERANSI BERSAMA

    FAHAMI AGAMA LAIN KUNCI TOLERANSI BERSAMA

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Blog, Hadis, Iman, Keampunan, Ujian Hidup
    • Date September 28, 2022

    Apa itu toleransi? Mengikut definisi Dewan Bahasa Dan Pustaka, toleransi adalah keterbukaan, kelapangan hati dan dada, keluasan fikiran dan sifat mudah memaafkan. Selain itu, toleransi juga seperti didefinisikan dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu membawa maksud sikap dapat menerima, menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain. Justeru, toleransi ini boleh dikatakan sebagai satu sikap di mana kita bukan sahaja menerima, tetapi juga kita hendaklah memahami keberadaan agama lain selain daripada Islam.

    Islam Melarang Umatnya Menghina Agama Orang Lain. 

    “Dan janganlah kamu memaki sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.” Al-An’am, 108.

    Secara dasarnya, asas bagi sesuatu hubungan antara Muslim dan bukan Muslim ialah perlaksanaan tanggungjawab yang dibenarkan untuk membentuk suasana yang aman damai antara keduanya. Firman Allah, maksudnya, “Allah tiada melarang kamu untuk berlaku baik dan berbuat adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak mengusirmu dari negerimu”, Surah Al-Mumtahanah, 8.

    Kendatipun beragama Kristian, Buddha atau Hindu, kesemuanya berhak menjalani agama masing-masing dengan aman tanpa sebarang kekangan atau cacian. Kita sebagai orang Islam tidak berhak menghalang mana-mana penganut agama lain daripada mempraktikkan ajaran mereka dengan asbab hanya kerana mereka itu bukan beragama Islam. 

    Muslim Dilarang Membantu Dalam Perkara Aqidah Agama Lain.

    Sudah terang lagi bersuluh, perbezaan agama tidak menghalang seseorang Muslim daripada berbuat baik kepada bukan Muslim atas dasar kemanusiaan. Namun demikian, Islam juga jelas nyata menggariskan batas-batas dan hak yang perlu dijadikan sempadan bagi memelihara kesucian akidah agama Islam ini. 

    Seperti yang pernah tular seketika dahulu tentang sekumpulan mahasiswa yang bergotong-royong membersihkan rumah ibadat agama lain. Hal ini sama sekali tidak dibenarkan jika perkara yang dibantu itu berkisarkan tentang rumah ibadat penganut bukan beragama Islam dan ianya juga melanggar garisan akidah agama Islam ini.  

    Maksudnya, “Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bantu-membantu pada melakukan dosa dan pencerobohan”, Surah al-Ma’idah, 2.

    Hal ini selaras dengan pandangan majoriti para ulama yang melarang keterlibatan orang Islam dalam pembinaan rumah ibadat agama lain sejajar dengan kaedah dalil-dalil syarak yang mengharamkan segala bentuk kesyirikan dan menegah daripada apa jua bentuk kerjasama yang menjurus ke arah kesyirikan terhadap Allah SWT yang jelas dilarang dalam agama Islam. 

    Intihanya, sifat toleransi dalam beragama ini sebenarnya bertujuan untuk menjaga hubungan antara sesama kaum dan agama agar kehidupan dijalani dengan tenteram dan harmoni. Hal ini demikian kerana peperangan dan pergaduhan sesama kita hanyalah akan mendatangkan kebinasaan dan kemudaratan  seperti pertumpahan darah yang kaan merosakkan kedaulatan dan keamanan terhadap sesebuah negara. 

    Akhir kata, marilah kita mengambil semangat baginda Rasulullah dalam mencintai tanah air tempat kelahiran baginda sendiri yakni Makkah berdasarkan kepada sebuah hadis, bermaksud, “Alangkah baiknya dirimu wahai Makkah dan betapa cintanya diriku terhadapmu, seandainya kaumku tidak mengeluarkanku darimu, nescaya aku tidak akan tinggal selain daripadamu”, Riwayat al-Tirmizi, 3926. 

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    KENAPA KAU HIDUP?
    September 28, 2022

    Next post

    JANJI SEORANG MUKMIN
    September 28, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.