• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • MUKJIZAT AGUNG

    MUKJIZAT AGUNG

    • Posted by Ammar
    • Categories alquran, Blog, Keampunan
    • Date September 29, 2022

    Bilamana kita ingin berbicara tentang mukjizat, perkara pertama yang kita perlu faham apa definisi bagi mukjizat. Ramai juga antara kita yang memang sudah maklum bahawa mukjizat itu merujuk kepada perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul bagi membuktikan tanda kenabian dan kerasulan. Namun, berapa ramai dalam kalangan kita pada hari ini mampu menghurai dan menghayati hikmah setiap peristiwa atau perkara mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul.

    Setiap nabi dan rasul berbeza akan mukjizat yang diterima oleh mereka sebagai contoh tongkat nabi Musa Alaihisalam mampu membelah lautan, Nabi Ibrahim tidak terbakar bila dicampak dalam api. Namun ada satu mukjizat agung yang kekal dan menjadi panduan serta pegangan manusia hingga ke hari ini. Al-Quran merupakan mukjizat teragung yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat, dikurniakan kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dalam bahasa Arab, diturunkan melalui perantaraan Malaikat Jibril secara beransur ansur, bermula dari surah Al-Fatihah diakhiri dengan surah An-Nas serta membacanya adalah satu ibadah.

    Terdapat banyak kelebihan yang dijanjikan oleh Allah SWT dan juga Nabi Muhammad sallallahu alaihi Wasallam akan mereka yang sentiasa membaca dan memelihara Al-Quran serta menjadikan Al-Quran sebagai teman hidup mereka. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud “ Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya” (HR Muslim). Selain itu, dalam sebuah hadis yang lain pula menyebutkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah SWT meninggikan dan merendahkan martabat seseorang itu kerana Al-Quran” (HR Muslim)

    Sebagai kesimpulan, Al-Quran merupakan mukjizat paling agung kerana ianya terus kekal dan menjadi panduan buat manusia sejak ia diturunkan sehingga hari kiamat. Banyakkanlah membaca Al-Quran tatkala senang atau susah. Bersahabatlah dengan Al-Quran kerana janji dari baginda sallallahu alaihi wasallam berdasarkan sebuah hadis yg bermaksud “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi mana berpegang dengannya. Al-Quran dan Sunnah” (HR Imam Malik).

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    LAWAK LUCAH? MANA HARGA DIRI.
    September 29, 2022

    Next post

    DISEBALIK AIR TERMENUNG
    September 30, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.