• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • PERMULAANKU DI USTAZUSTAZAH DOT COM

    PERMULAANKU DI USTAZUSTAZAH DOT COM

    • Posted by Shamil
    • Categories Aktiviti UUC, Blog
    • Date October 3, 2022

    Jam menunjukkan pukul 2 dan aku leka bermain ‘game’ dan hanyut dalam ‘game’ tersebut kerana memang tabiatku setiap kali mahu meredakan tekanan, aku akan bermain ‘game’ perang atau bola. Tiba-tiba telefonku berdering menunjukkan seseorang menelefonku. Apabila ku lihat nombornya bukanlah nombor yang ku kenali lantas aku menjawabnya. “Boleh saya bercakap dengan Ahmad Shamil?” “Bila kamu ‘free’ kerana kamu telah dipanggil temuduga untuk jawatan kosong sebagai Pegawai CSR?” Aku terus mengatakan aku mahu datang temuduga itu sekarang kerana pada ketika itu aku memang tidak sibuk dan berada di rumah. Orang yang menelefonku juga agak terperanjat kerana hari itu Ahad dan aku mahu ditemuduga sekarang. Selepas panggilan itu aku terus bersiap dan membawa resume serta sijil kemudian bergegas ke pejabat mereka. Setibanya aku di depan pintu pejabat tersebut kelihatan ada ‘password’ yang diperlukan untuk membuka pintu. Aku pun menelefon nombor penemuduga tersebut mengatakan aku telah sampai di depan pejabatnya. Tiba-tiba pintu itu terbuka dan kelihatan sosok lelaki yang berkaca mata dan dia melemparkan senyuman padaku. Aku memberi salam dan senyuman lalu dipelawa masuk oleh beliau. Kelihatan ruang pejabatnya kemas dan teratur dan aku pun masuk ke dalam sebuah bilik. Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki berjersi ‘All Black’ mempelawa aku duduk dan dia memperkenalkan dirinya selaku Pengarah Urusan di syarikat tersebut. Sesi temuduga pun bermula dan aku menunjukkan sijil dan kelulusan yang aku ada dan menceritakan pengalaman aku dalam bidang ‘Corporate Social and Responsibility’ ataupun CSR ketika aku menuntut di kolej kerana aku agak aktif dalam kokurikulum. Selesai aku bercerita tentang diriku, tiba pula giliran beliau untuk menerangkan mengenai syarikat tersebut. Beliau menceritakan mengenai syarikatnya dan Ustazustazah dot com kepadaku dan menunjukkan video kempen yang sedang dijalankan oleh Ustazustazah dot com. Sebenarnya sebelum memohon jawatan di syarikat tersebut aku sudah melakukan beberapa kajian dan mencari info mengenai latar belakang syarikat tersebut. Sepanjang mencari info di Google dan di laman web syarikat itu sendiri memang aku ternampak logo Ustazustazah dot com dan sedikit info mengenai anak syarikat itu. Rupa-rupanya pada ketika itu Ustazustazah dot com merupakan anak syarikat yang menjalankan khidmat perundingan, pendidikan dan pengurusan projek. Beliau memaklumkan bahawa aku akan duduk di bawah anak syarikat tersebut dan perlu melaksanakan skop kerja yang tertera di dalam surat tawaran. Ketika sesi temuduga seperti sudah mahu selesai, soalan terakhir yang ditanya kepadaku “bilakah kamu boleh mula bekerja?”. Aku pun menjawab “sekiranya diterima bekerja, esok saya sudah boleh mula bekerja”. Penemuduga agak terperanjat dan terdiam seketika. Kemudian beliau bersetuju dan dia memaklumkan kepada bahagian pengurusan sumber manusia mengenai berita tersebut.

    • Share:
    author avatar
    Shamil

    Previous post

    JIHAD ITU LUAS
    October 3, 2022

    Next post

    SELAMAT BERANGKAT KE UNIVERSITI YARMOUK, JORDAN!
    October 5, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.