• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • SEBARKAN KEBAIKAN

    SEBARKAN KEBAIKAN

    • Posted by Alifah
    • Categories Blog, Iman, UstazUstazah.Com
    • Date November 24, 2022

    “Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.

    QS. Al-Baqarah: 195

    Dicatatkan pahala buat setiap satu kebaikan yang dilakukan walaupun sekecil-kecil perkara. Berbuat baik itu mudah. Tetapi mudahkah kita melazimkan perbuatan yang baik dalam diri? Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik. Perkara baik yang mudah untuk diamalkan seperti bersedekah, memudahkan kerja orang lain, membuat orang sekeliling berasa senang dan menyebarkan senyuman. Ya, walaupun hanya dengan sebaris senyuman. Kadang tanpa kita sedar, senyuman yang kita lemparkan pada orang-orang yang kita sendiri tidak kenali, pada mereka yang  bekerja di sektor pembersihan jalan dan sebagainya, bagi kita hanya sekadar senyum untuk manis muka tetapi senyuman itu sebenarnya mampu mengubah hidup mereka. Perkara yang kecil bagi kita, boleh menjadi besar dan bermakna buat mereka yang memerlukan.

    “Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)”.

    QS. Ar-Rahman: 60

    Buat baik, dibalas baik. Acapkali kita dengari sejak dahulu lagi. Allah telah menjamin balasan berupa kebaikan bagi yang melakukannya, justeru hilangkanlah rasa ragu dalam diri dan hati untuk menebar kebaikan di muka bumi Allah ini.

    “Barangsiapa yang berbuat kebaikan (sebesar biji dzarrah), niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan (sebesar biji dzarrah), niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula” .

    QS. Az-Zalzalah: 7-8

    Perumpamaan biji dzarrah ini jelas menunjukkan walaupun kebaikan yang dilakukan hanya perkara yang kecil, remeh yang kita sendiri merasa perkara itu tidak penting atau tidak mendatangkan relevansi dalam hidup. Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.

    Dibalaskan juga kebaikan yang sedikit itu dengan balasan yang baik. Apa pentingnya berbuat baik? Sesungguhnya ia adalah bagi mendapat rahmat Allah SWT dan kebahagiaan. Selari dengan firman Allah SWT:

    “Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik”.

    QS. Al-A’raf: 56

    Berbuat baik ini bukanlah untuk kepentingan orang lain tetapi ianya untuk diri kita sendiri. Setiap perkara yang berlaku disekeliling kita adalah cerminan daripada setiap kebaikan yang telah dilakukan.

    Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri”.

    QS. Al-Isra’: 7

    Sebarkanlah kebaikan, jadilah seorang yang baik, dan sentiasa ingin menjadi seorang yang lebih baik dari hari ke hari. Istiqamah dan tetapkan hati dalam setiap apa yang dilakukan. Allah Maha Melihat dan tiada satu perkara pun yang akan terlepas dari penglihatanNya.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    MENANDATANGANI PERJANJIAN NADI AL-QURAN DI TELUK INTAN PART 3
    November 24, 2022

    Next post

    KEPIMPINAN DALAM ISLAM
    November 26, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.