• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • MENANDATANGANI PERJANJIAN NADI AL-QURAN DI TELUK INTAN PART 3

    MENANDATANGANI PERJANJIAN NADI AL-QURAN DI TELUK INTAN PART 3

    • Posted by Shamil
    • Categories Aktiviti UUC, Blog
    • Date November 23, 2022

    Selesai program ziarah Nadi Al-Quran (NAQ) di rumah ustaz Ariff di Taman Sri Bahagia, keesokannya kami pergi pula ke rumah ustaz Farhan di Taman Jelawat, Teluk Intan, Perak. Kami tiba di rumah beliau pada jam 5.30 petang dengan membawa hasrat yang besar dan bermakna untuk membuka sebuah lagi Pusat NAQ di rumah beliau sendiri. Kami disambut mesra oleh ustaz Farhan dan dijemput masuk ke rumahnya. Sebenarnya, ustaz Farhan sudah sedia maklum mengenai niat kedatangan kami ke rumahnya. Tetapi sebelum ke penerangan surat tawaran NAQ dan perjanjian NAQ, saya mahu berbasi-basi dengan ustaz Farhan terlebih dahulu untuk membina hubungan diantara kami. Sebelum ini pun saya hanya dapat berhubung dengan ustaz Farhan melalui aplikasi ‘whatapps’ dan telefon. Daripada perbualan tersebut barulah saya tahu bahawa ustaz Farhan sememangnya sudah lama mengajar mengaji di taman tersebut sejak 4 tahun yang lalu. Setiap pelajar yang mengikut kelas beliau dikenakan yuran dan perlulah komited untuk belajar di situ. Dengan adanya kempen Nadi Al-Quran di rumahnya, para pelajar sudah tidak perlu membayar yuran kerana telah ditaja oleh ustazustazah (UUC). Beliau dibantu oleh isterinya untuk mengajar mengaji anak-anak di taman itu. Seramai hampir 30 orang pelajar yang datang mengaji di rumahnya dan beliau menggunakan ruang garaj rumahnya untuk menjalankan proses pembelajaran. Selepas hampir 40 minit berbasi sambil dihidangkan mee goreng yang sangat enak, saya terus ke agenda utama iaitu penerangan surat tawaran NAQ dan perjanjian NAQ. Saya menerangkan satu persatu klausa yang terdapat di dalam surat tawaran dan perjanjian NAQ tersebut. Banyak juga soalan yang dilontarkan kepada saya tetapi mujur saya dapat menjawabnya dengan tenang. Apabila ustaz Farhan telah faham dan memahami seluruh klausa di dalam surat tawaran dan perjanjian NAQ, saya memintanya untuk menurunkan tandatangan di atas surat tawaran NAQ dan 3 set perjanjian NAQ. Seterusnya, saya menyerahkan jaket UUC, cenderahati dan simbolik penyerahan papan tanda UUC sambil bergambar di hadapan ‘bunting’ UUC. Selepas itu, saya menjalankan sedikit temu ramah bersama beliau untuk dijadikan content di media sosial. Sesudah itu, waktu solat maghrib pun tiba. Saya dan encik Mahazir pergi ke masjid berdekatan untuk solat sebelum meneruskan ke sesi sebelah malamnya bersama para pelajar. Sekitar jam 7.40 pm, pelajar sudah mula hadir di rumah ustaz Farhan dan kami mengambil sedikit gambar dan video untuk dijadikan content. Setelah semuanya hadir, ustaz Farhan memperkenalkan saya di hadapan semua pelajar dan saya pun memulakan sesi perkongsian mengenai UUC kepada para pelajar. Rata-ratanya pelajar ini begitu gembira dan senang dengan kehadiran saya pada malam itu. Saya pun menyerahkan cenderahati kepada 21 orang pelajar di situ sambil beramah mesra dengan mereka. Tak kurang juga ada pelajar yang malu-malu untuk menerima cenderahati. tersebut.

    • Share:
    author avatar
    Shamil

    Previous post

    <strong>SCAMMER : KEUNTUNGAN SEMENTARA YANG TIDAK BERKAT</strong>
    November 23, 2022

    Next post

    SEBARKAN KEBAIKAN
    November 24, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.