• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • KIAMAT: Satu Ketetapan

    KIAMAT: Satu Ketetapan

    • Posted by Ammar
    • Categories alquran, Blog, Iman, Keampunan
    • Date December 4, 2022

    ﴿إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَى﴾ [طه: 15]

    “Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan(15)”  [Ta-ha: 15]

    ﴿وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ لَا رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ مَنْ فِي الْقُبُور﴾ [الحج: 7]

    “Dan bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula) orang-orang yang di dalam kubur(7)”  [Al-Hajj: 7]

    Intipati dari ayat ini menegaskan bahawa hari Kiamat bukanlah andaian atau dogeng atau legenda yang menjadi cerita dari cerita orang lain, tetapi kejadian ini adalah suatu perancangan yang telah diketahui dan ditetetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi. Hanya sahaja manusia tidak pernah tahu bila tarikh, dan masanya akan berlaku Hari Kiamat. Tiada satu pun makhluk yang bakal terkecuali dari peristiwa yang dahsyat ini. Bilamanaynya kiamat tiba, bumi akan hancur lebur seperti debu-debu halus yang berterbangan di udara, semua makhluk akan mati, lalu Allah akan menghidupkan kembali manusia dari dalam kubur.

    Beriman kepada hari kiamat adalah rukun iman kelima dalam enam rukun iman yang lain dan ia wajib diyakini oleh semua umat Islam. Sekiranya seseorang itu mengingkarinya maka terkeluarlah dia daripada fahaman dan ajaran Islam.

    Semua orang yang hidup akan mati, sama ada orang tua, orang dewasa, remaja, kanak-kanak, bahkan bayi boleh mati pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, tidak seorang pun tahu bila kematian akan datang. Akhirnya semua orang di seluruh dunia akan mengalami kematian, tiada siapa yang akan hidup selama-lamanya.

    Peristiwa ini dipanggil kiamat. Sama seperti kematian, kiamat juga tidak akan ada yang dapat meneka atau meramalkan. Biarkan orang itu mempunyai kecerdasan yang luar biasa, peristiwa hari kiamat tidak dapat diketahui apabila tiba masanya. Jadi apa yang perlu kita sediakan sebagai peruntukan untuk menanganinya adalah perbuatan baik semasa hidup yang akan menyelamatkan kita semua dari kesakitan hari kiamat. Sebagai seorang Islam juga apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa qasadkan dalam diri bahawa kiamat itu adalah satu janji dari Allah SWT yang pasti akan tiba.

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    PERMATA BERHARGA
    December 4, 2022

    Next post

    SOLATKU KEBAHAGIAANKU SIRI 1 : MAKSUD SOLAT
    December 5, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.