• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Doa

    • Home
    • Blog
    • Doa
    • SOLATKU KEBAHAGIAANKU SIRI 1 : MAKSUD SOLAT

    SOLATKU KEBAHAGIAANKU SIRI 1 : MAKSUD SOLAT

    • Posted by Aisyah
    • Categories Doa, Iman, Khusyuk, Solat, Sujud
    • Date December 5, 2022

    SOLAT

    Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas bersyahadah. Ianya dianggap sebagai antara amal kebaikan yang paling khusus dan sempurna.[1] Pensyariatan solat dapat diketahui melalui dalil daripada nas, seperti firman Allah swt :

    ﴿وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ﴾ [البقرة: 43]

    Maksudnya : «Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk(43)»

    TAKRIF SOLAT

    Solat ialah perkataan yang diambil daripada Bahasa Arab[2]. Perkataan solat merupakan kata terbitan daripada kata kerja صَلَّى – يُصَلِّي – صَلَاةٌ  yang secara literalnya membawa maksud doa, ibadah, dan barakah.[3]  Solat dari sudut bahasa tidak terikat dengan satu-satu makna sahaja, bahkan ianya mempunyai banyak pengertian, yang antara lainnya lagi ialah istighfar, rahmat dan pujian. Menurut Kamus Dewan, solat sinonim dengan perkataan sembahyang bagi orang Islam, ibadah, doa dan permohonan.

    Dari sudut istilah pula, jumhur ulama menyatakan maksud solat ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam yang disertai niat serta syarat-syarat yang khusus.[4] 

    NABI IBRAHIM BERDOA AGAR KETURUNANNYA TETAP MENDIRIKAN SOLAT

    Allah swt merakamkan doa Nabi Ibrahim alaihissalam untuk dirinya dan juga zuriat keturunan baginda agar menjadi orang yang sentiasa mendirikan solat serta memeliharanya. Doa baginda ini membuktikan bahawa solat adalah suatu tuntutan yang utama dalam agama dan meninggalkannya adalah merupakan satu kebinasaan dan kerugian. Firman Allah swt :

    ﴿رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي  رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ﴾ [إبراهيم: 40]

    Maksudnya : «”Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku(40)»

    Berdasarkan ayat ini, menurut Tafsir al-Maraghi, solat disebut khusus berbanding kewajipan-kewajipan agama yang lain kerana solat adalah perkara yang menjadi pembeza diantara orang mukmin dengan orang yang kafir. Dan solat juga mempunyai peranan/kelebihan yang sangat besar dalam membersihkan hati dengan meninggalkan perkara-perkara keji sama ada yang zahir mahupun yang tersembunyi.

    Wallahua’lam.


    [1] Ibnu Katsir. 2004. Tafsir Ibnu Katsir. Bogor : Pustaka Imam Syafi’i. 1/120.

    [2] Mohamad Razif. 2018. PMWP : Al-Afkar #30: Allah Bersembahyang Kepada Muhammad?  Diakses pada 4Disember2022. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/2854-al-afkar-30-allah-bersembahyang-kepada-muhammad

    [3] Sekumpulan Pakar Bahasa. 1990. Al-Mu’jam al-‘Arabi al-Asasi. Saudi : Al-Munazzamah al-‘Arabiyyah li al-Tarbiyah wa al-Tsaqafah wa al-‘Ulum. 1/746.

    [4] Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait. 1992. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah. Mesir : Dar al-Sofwah li al-Tobaah wa al-Nasyr wa al-Tauzi’. 27/51

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    KIAMAT: Satu Ketetapan
    December 5, 2022

    Next post

    BERUSAHA DAN BERTAWAKALLAH
    December 7, 2022

    You may also like

    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    Gambar Artikel Terakhir
    Marah Adalah Salah Satu Panahan Syaitan.
    11 September, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.