• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Iman

    • Home
    • Blog
    • Iman
    • UJUB MENGHANCURKAN AMAL

    UJUB MENGHANCURKAN AMAL

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Iman
    • Date December 22, 2022

    Definisi menurut nukilan penulisan di dalam Irsyad Fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Al-Kafi #1071: Cara Mengatasi Perasaan ‘Ujub Dalam Diri, ujub ialah apabila “Engkau melihat di dalam dirimu sesuatu yang tidak ada pada diri orang lain.” Pandangan ini ialah merupakan pandangan Abdullah Ibn al-Mubarak. Manakala, pandangan Bisyr bin al-Harith al-Hafi pula dinyatakan “Ujub itu ialah engkau merasa memiliki amal yang banyak dan menganggap amal orang lain sedikit.”

    Konteks lawan kepada sifat ujub seperti yang terdapat dalam kitab-kitab Tasawwuf ialah “zikir al-minnah” yang bermaksud mengingati kurniaan Allah SWT. Hal ini bermaksud, amal soleh yang diamalkan seseorang itu hanyalah kerana adanya taufik daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT lah yang memuliakan amalan dan memperbanyakkan pahala seseorang. 

    Sebagaimana yang kita sedia maklum, manusia tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesalahan seperti terlalu berbangga dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya. Sedangkan nikmat yang tidak putus-putus itu hanyalah semata-mata apa yang dikurniakan Allah SWT Yang Maha Pemurah kepada makhlukNya. Oleh itu, janganlah merasa diri paling sempurna dan akuilah manusia itu banyak kelemahannya.

    Firman Allah SWT dalam Surah al-Najm (32),

    فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

    “Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.”

    Setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Begitu jugalah penyakit ujub, pasti ada penawarnya. Antaranya ialah seseorang perlulah menyedari bahawa sifat ujub boleh membinasakan dan merosakkan amalan yang dilakukan kerana hidup di dunia bukanlah berpaksikan kepada kehendak diri semata-mata, tetapi ia hanyalah untuk mengabdikan diri dan meraih keredhaanNya. 

    Selain daripada itu, antara cara mengatasi sikap ujub seseorang ialah sentiasa mengingati bahawa jika kita merasa hebat, maka di sana yakni Allah SWT lebih hebat. Dalam pada itu, seseorang perlulah menyedari dan meyakini bahawa kurniaan ilmunya amatlah sedikit dan terhad. Lebih banyak yang digali dan dikaji akan sesuatu ilmu Allah SWT tersebut, maka lebih banyaklah kita menyedari bahawa terdapat seribu satu ilmu yang masih belum diketahui dan diterokai. Subhanallah. 

    Firman Allah, maksudnya, “Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”, Surah al-Baqarah, 32. 

    Tuntasnya, bersama-samalah kita bersikap sederhana dan tidak terlalu berbangga diri. Setiap kelebihan yang dibanggakan, kembalikanlah ia kepada pemiliknya yang hakiki, agar kita sentiasa berada di jalan orang-orang yang benar. Marilah kita mengambil iktibar dan menghayati firman Allah SWT, maksudnya, “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya”, Surah al-Naml, 40. 

    Akhir kalam, penulis mendoakan agar kita dijauhkan daripada sifat ujub serta tergolong dalam golongan hambaNya yang ikhlas.  

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    KRITERIA ASAS MEMILIH PASANGAN
    December 22, 2022

    Next post

    LARANGAN MEMAKAN HARTA SECARA BATIL
    December 23, 2022

    You may also like

    Gambar Artikel Terakhir
    Marah Adalah Salah Satu Panahan Syaitan.
    11 September, 2023
    images (5)
    UMRAH SEBUAH PERJALANAN MANIFESTASI IMAN
    4 September, 2023
    images-4
    SUDUT PANDANG HADITH TENTANG AMALAN MANDI SAFAR
    21 August, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.