• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Menuntut Ilmu

    Home » Blog » KRITERIA ASAS MEMILIH PASANGAN

    KRITERIA ASAS MEMILIH PASANGAN

    • Posted by amira
    • Categories Menuntut Ilmu, Perkahwinan, Tips Keluarga, UstazUstazah.Com, Wanita
    • Date December 22, 2022

    Allah swt telah mencipta makhluk-Nya dengan berpasangan termasuklah Nabi Adam AS. Kemudian Allah ciptakan daripadanya Siti Hawa AS menjadikan mereka suami isteri sehingga lahirnya keturunan yang ramai terdiri dari lelaki dan perempuan. Kedua insan yang berlainan jenis ini saling perlu memerlukan antara satu sama lain justeru itu timbullah bibit-bibit cinta dan perasaan kasih sayang ibarat anak kecil merintih memerlukan belaian ibu yang dikasihi seterusnya ingin berkongsi hidup sebagaimana makhluk yang lain yang melata di bumi ciptaan Allah ini. Dalam konteks ini, Islam telah memberikan garis panduan bagaimana untuk memilih calon suami dan calon isteri bermula dari pertunangan sehingga ke alam perkahwinan. Sebelum diadakan peminangan, langkah permulaan ialah memilih pasangan yang akan dijadikan calon suami atau isteri mengikut lunas-lunas yang telah disyariatkan oleh Allah swt.

    Rasulullah S.A.W menjelaskan empat kriteria untuk memilih isteri adalah melalui hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Jadi amat jelas, Rasulullah saw menyarankan agar kriteria paling penting dalam mencari jodoh, ada empat tetapi antara empat itu ada satu yang paling penting iaitu agamanya. Tetapi, mari kita meneliti ciri lain terlebih dahulu. Rasulullah saw menyarankan kita agar memilih calon isteri yang datang daripada keturunan yang baik. Keturunan yang baik itu bermaksud datang dari keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik serta tidak dipandang cela oleh masyarakat. Hal ini diambil kira dengan harapan, berkat memperolehi jodoh yang datang dari keturunan yang baik, maka akan bertambah baiklah zuriat yang bakal terhasil dari penyatuan mereka berdua. Tiada penekanan yang khusus yang diberikan pada dua ciri-ciri ini namun disebutkan juga kerana memang empat ciri inilah yang akan membantu kita mencari jodoh mengikut syariat Islam.

    Ilmu agama tidak mencukupi dengan pemahaman dari segi perlakuan sahaja. Seseorang yang benar-benar mempercayai agamanya, pasti akan mempunyai ilmu yang lengkap merangkumi rohani dan ini akan menjurus kepada hubungan yang lebih dekat dengan Allah swt. Bagaimana untuk mengetahui bakal jodoh kita itu agamanya kuat. Lihat ibadahnya, akidahnya, akhlaknya, pakaiannya, kehormatannya, tajwidnya, ilmu pertuturan, baktinya, perilakunya, risaunya dia pada dosa, hatinya yang bebas syak wasangka dan baiknya dia pada manusia lain. Banyak perkara sebenarnya perkara yang perlu dinilai sebelum seseorang itu layak dianggap jodoh ideal dari segi agama.

    Pasti ramai yang memikirkan persoalan tersebut mengapa agamanya lebih penting sedangkan jika keturunanya elok ia seperti sudah memadai. Jawapannya mudah kerana bukan semua orang bernasib baik dilahirkan ke dalam keturunan yang baik. Ada orang yang mungkin anak luar nikah, orang anak pencuri atapun ibu bapanya dipandang negatif masyarakat setempat. Jika perkara-perkara ini wujud dalam penilaian anda, lihat saja pada agamanya. Lupakan isu keturunannya dan perkara itu sudah tidak patut menjadi isu lagi jika agamanya baik. Menang sukar mendapatkan pasangan yang mempunyai keempat-empat kriteria yang Rasulullah saw sebutkan itu, namun Rasulullah saw memudahkan kita dalam membuat pilihan dengan menyarankan kita agar mengutamakan agama seseorang sebelum membuat sebarang keputusan.

    Taat kepada Allah dan Rasul-Nya ini adalah antara kriteria yang paling penting dalam tuntutan ketika memilih pasangan. Maka dalam memilih pasangan hidup, minimal seharusnya terdapat satu syarat ini. Kerana Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa”. Taqwa adalah menjaga diri dari azab Allah SWT dengan menjalankan perintah-Nya dan menjauhi kemungkaran. Oleh itu, seorang muslim hendaklah berjuang untuk mendapatkan pasangan yang paling mulia di sisi Allah, iaitu seseorang yang taat pada agama.

    • Share:
    author avatar
    amira

    Previous post

    PERKARA YANG PALING DIBENCI ALLAH TAPI DIBOLEHKAN?
    December 22, 2022

    Next post

    UJUB MENGHANCURKAN AMAL
    December 22, 2022

    You may also like

    eb526765001ec2d074bcd5f651ff1f70
    ENAM TIP DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA TANPA PAKSAAN.
    28 March, 2023
    LIAN
    PENSABITAN TUDUHAN ZINA DALAM RUMAHTANGGA
    27 March, 2023
    Ucapan Salam Ramadan 2023
    AMALAN SUNAT DALAM BULAN RAMADAN
    26 March, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Menuntut Ilmu
    • Perkahwinan
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Sumbangan
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat
    Fajar Hidayah

    Fajar Hidayah

    Free
    Mudahnya Bahasa Arab

    Mudahnya Bahasa Arab

    Free
    Bahasa Arab Fast Track

    Bahasa Arab Fast Track

    Free

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.