• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Perkahwinan

    • Home
    • Blog
    • Perkahwinan
    • IHSAN SUAMI MELAHIRKAN KELUARGA SAKINAH

    IHSAN SUAMI MELAHIRKAN KELUARGA SAKINAH

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Perkahwinan
    • Date January 10, 2023

    “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”, Surah Al-Rum, 21.

    Keluarga yang sakinah, mawaddah, dan rahmah adalah merupakan sebuah istilah sekaligus ianya adalah suatu doa yang acapkali dipanjatkan kepada para muslim yang menjalani alam perkahwinan. Sakinah berasal daripada perkataan bahasa arab bererti ketenangan dan ketenteraman. Lawan kata dari ketenteraman adalah keresahan dan kehancuran. Hal ini bermakna, keluarga yang sakinah ialah keluarga yang mengandungi ketenangan dan kedamaian antara ahli anggota keluarganya. 

    Dari sudut yang lain pula, ihsan menurut maksud dewan bahasa dan pustaka ialah perbuatan yang baik dan kemurahan hati seseorang terhadap keluarganya dan masyarakat. Lantaran itu, sikap suami yang sentiasa bersifat ihsan terhadap isteri dan ahli keluarganya, pasti akan menambat kasih-sayang dan ketenangan dalam sesebuah keluarga itu. Persis Sabda baginda SAW, “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya”, HR Ahmad. 

    Ciri-Ciri Suami Bersifat Ihsan

    Antara kriteria suami yang bersifat ihsan ialah taat melaksanakan suruhan Allah SWT dan RasulNya. Ketua keluarga yang baik mestilah membawa kehidupan keluarganya ke arah yang diredhai Allah SWT. Tamsilnya, melatih diri dan mengajak ahli keluarganya untuk sentiasa solat pada awal waktu. Ketika ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” Baginda menjawab: “Solat pada awal waktu”, Riwayat Tirmidzi, 155. 

    Di samping itu, suami yang berihsan mampu memberikan nafkah zahir dan batin dengan semampunya. Nafkah zahir tertakluk kepada keperluan fizikal seperti tempat tinggal, pakaian dan makanan. Nafkah batin pula ialah memberikan ilmu agama dan menjaga perasaan serta mental seorang isteri. Sesetengah masyarakat menganggap bahawa nafkah batin hanyalah tertumpu kepada memuaskan nafsu pasangan semata-mata, dan ini sama sekali salah dan tidak benar. Bahasa mudahnya, seorang suami dilarang untuk menyakiti isterinya baik secara fizikal mahupun mental, dan begitu jugalah sebaliknya. 

    Selanjutnya, bersikap lemah lembutlah antara kedua pasangan suami isteri dengan sentiasa bertutur bahasa yang sopan, mudah bersimpati dan sentiasa memahami keadaan di sekelilingnya. Perkara-perkara inilah yang membentuk perjalanan seorang suami menjadi soleh dalam keluarganya. Firman Allah SWT, “Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik”, Ali-Imran, 134. 

    Sebagai penghias bicara akhir, sebarang bentuk ujian, ombak, onak duri seharusnya diselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Bak kata pepatah orang tua-tua, “Buang yang keruh, ambil yang jernih” amatlah baik untuk dihayati dalam menuju kejayaan dalam gerbang sesebuah perkahwinan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ingatlah, syaitan musuh manusia amat suka meruntuhkan sakinah sesebuah rumahtangga sehingga akhirnya bercerai dan musnah. 

    Akhir kalam, selesaikanlah kemelut rumah tangga dengan penuh berhikmah dan sentiasalah bersyukur serta bertafakkur sepanjang meniti alam perkahwinan. Buangkanlah sifat “awak salah” dan saya yang betul. Sebaliknya binalah sifat dan ungkapan bahasa, “maafkan saya”. InsyaAllah, semoga api kemarahan dapat diredakan.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    HARTA WASIAT WAJARKAH DIREBUT ?
    January 10, 2023

    Next post

    SATU KEBAIKAN, SEJUTA HARAPAN
    January 12, 2023

    You may also like

    ANAK-ANAK
    PERCERAIAN DAN IMPLIKASI TERHADAP ANAK-ANAK
    4 May, 2023
    SUANT PEREMPUAN
    BERKHATAN BAGI PEREMPUAN: ADAT ATAU WAJIB?
    10 April, 2023
    perkahwinan dalam islam
    HUKUM NIKAH BERBEZA MENGIKUT INDIVIDU??
    3 April, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.