BERKHATAN BAGI PEREMPUAN: ADAT ATAU WAJIB?
Dalam kalangan masyarakat dikalangan ibu bapa yang beragama Islam tidak pernah tahu mengenai prosedur bersunat untuk untuk perempuan. berbanding keperluan bersunat bagi bayi lelaki. Namun hakikatnya, perbuatan berkhatan atau berkhitan ini bagi wanita sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian komuniti termasuk masyarakat Arab sejak zaman dahulu. Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini sudah diamalkan dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah. Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ
Maksudnya: “Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.” Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349).
Hadis ini menunjukkan bahawa wanita juga berkhatan, dan bukan sahaja lelaki. Dalam mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie. Imam al-Rafie daripada Syafieyyah ada menyebutkan suatu wajah (pendapat) dalam mazhab Syafie bahawa hukumnya sunat ke atas wanita, tetap pendapat ini dianggap syadz (ganjil). Imam Ahmad turut menyatakan kewajipannya tetapi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan majoriti ulama menyatakan ianya sunat.
Dalam isu dalam kalangan masyarakat bahawa khatan wanita mencacatkan anggota dan tafsiran bahawa khatan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam telah diulas oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhaw yang berkata wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khatan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal (pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memudaratkan perempuan itu.. Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili pula menyatakan berkhatan itu disyariatkan, dan tidak ada pendapat yang boleh menidakkan perkara ini sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Paling utama adalah hendaklah ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai. Jika seorang wanita tidak melakukan khatan, tidak ada dosa ke atasnya kerana itu merupakan haknya dan satu bentuk penghormatan atas qaul yang rajih dan ianya bukanlah wajib dan tidak perlulah kamu mewajibkannya.”
Dari sudut perubatan tradisional, terdapat kepercayaan bahawa amalan berkhatan ini mungkin menawarkan kebaikan. Setakat ini tiada kajian menunjukkan khitan kepada perempuan memberikan manfaat kesihatan atau kebaikan dari sudut perubatan. Alam proses berkhatan perempuan, bahagian yang wajib untuk dibuang adalah kulit di atas saluran kencing ataupun klitoris seperti balung ayam jantan. Bahagian tersebut amnya akan dinipiskan atau dikemaskan tanpa melibatkan pemotongan melampau seperti dalam amalan female genital mutilation (FGM). Tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan bayi.
Tempoh usia bayi yang paling sesuai untuk menjalani prosedur berkhatan ini adalah selepas dilahirkan sehingga berusia 2 tahun. Ada juga saranan yang menyatakan waktu sesuai adalah selepas bayi berusia 3 bulan. Sesuai dilakukan pada usia masih bayi kerana proses penyembuhan yang sangat cepat. Selain itu, bayi juga masih belum mempunyai rasa takut atau malu berbanding saat mereka sudah besar untuk menjalani prosedur tersebut. Terdapat tiga cara yang biasa dilakukan pakar perubatan untuk berkhitan iaitu menggunakan peralatan tajam seperti pisau, gunting dan jarum disterilkan. Biasanya ketiga-tiga kaedah ini tidak akan mendatangkan kecederaan secara keterlaluan.