• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • SIRI JALAN KE NERAKA: GEMAR BEKATA BOHONG

    SIRI JALAN KE NERAKA: GEMAR BEKATA BOHONG

    • Posted by Ammar
    • Categories alquran, Blog, Hadis, Iman
    • Date January 13, 2023

    Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

    “Ada empat perkara yang sesiapa terdapat pada dirinya (empat perkara tersebut) maka, dia adalah seorang munafik tulen, dan sesiapa yang ada pada dirinya hanya salah satu diantaranya, maka pada dirinyatelah ada suatu sifat kemunafikan sampai dia meninggalkannya, iaitu: Apabila diberikan amanat dia berkhianat, apabila berbicara maka dia berdusta, apabila dia membuat perjanjian, maka dia berbuat keji.” (Muttafaq alaih)

    Jika merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka dusta bermaksud kata-kata tidak benar yang dikeluarkan oleh seseorang. Manakala dalam Islam, ramai ulama’ telah memberikan definisi akan apa itu berdusta atau berbohong. Antaranya seperti yang dimaklumkan dalam portal rasmi mufti Wilayah Persekutuan iaitu Irsyad Fatwa dimana  Al-Imam al-Jurjani dalam kitab Syarh Mi’ah al-Maani al-Jurjani menyebut berbohong atau menipu sesuatu perkhabaran ialah memberitahu khabar yang tidak bertepatan dengan realiti (waqi’) yang berlaku. Selain itu, Ibnu Hajar dalam kitab Fath Al-Bari syarh sahih Bukhari memberikan definisi bahawa berbohong atau berdusta ialah memberitahu suatu perkara yang tidak bertepatan dengan apa yang ada padanya samada sengaja atau tidak sengaja.

    Dalam Islam terdapat juga satu keadaan yang dipanggil tauriah. Menurut Irsyad Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, tauriah ialah Seseorang yang mengungkapkan suatu lafaz yang mempunyai dua makna. Pertama makna dekat dan jelas yang mudah difahami (ditangkap oleh akal). Kedua, makna jauh dan samar yang tidak mudah difahami oleh akal. Namun, yang kehendaki daripada lafaz tersebut adalah makna jauh dan dia menyembunyikan perkara yang zahir dengannya. Sebagai contoh, Ali meminta Abu meminjamkannya satu ringgit tapi Ali menyatakan bahawa dia tidak memiliki satu ringgit, namun dia memiliki jumlah wang yang lain seperti lima ringgit atau sepuluh ringgit. Maka dalam Islam tauriah ini dibenarkan sekiranya mengikut kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    Berbalik kepada isu gemar bersdusta, Al- Imam Az-Zahabi telah menyenaraikan perkara ini sebagai salah satu dosa besar dalam kitabnya Al-Kabaiir. Banyak amaran dan ancaman daripada Allah dan Rasul kepada mereka yang gemar berbohong atau berdusta dalam berkata-kata. Bahkan laknak Allah ditimpakan kepada mereka yang gemar berdusta meskipun sekadar gurauan. Allah SWT berfirman dalam surah Ali- Imran ayat 61 yang bermaksud:

    “Kemudian , marilah kita bermuhabalah kepada Allah lalu kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta”

    Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

    “ Sesungguuhnya, dusta membawa kepada perbuatan keji membawa kepada neraka. Seseorang lelaki yang berterusan dusta akan dicatatkan disisi Allah sebagai seorang pendusta.

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    SATU KEBAIKAN, SEJUTA HARAPAN
    January 13, 2023

    Next post

    PUJI BERLEBIHAN, MEMBAWA PADAH
    January 16, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.