HIKMAH PUASA
Puasa sebulan dalam Ramadan telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah Nabi ` daripada Mekah ke Madinah. Berpuasa bukan sahaja disyariatkan bagi Umat Nabi Muhammad ` sahaja, bahkan ianya juga telah disyariatkan kepada umat yang sebelum ini, namun dengan sedikit perbezaan.
Puasa Ramadan merupakan salah satu rukun daripada rukun-rukun Islam yang lima. Sabda Nabi ` :
بُنِيَ الإسْلَامُ علَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أنْ لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وأنَّ مُحَمَّدًا رَسولُ اللَّهِ، وإقَامِ الصَّلَاةِ، وإيتَاءِ الزَّكَاةِ، والحَجِّ، وصَوْمِ رَمَضَانَ
Maksudnya: “Islam dibina di atas lima perkara: “Mengucap bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan” (HR al-Bukhari :87)
Dalil kewajipan berpuasa adalah berdasarkan Firman Allah SWT:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” (Surah al-Baqarah : 183)
Puasa di bulan Ramadan adalah perintah daripada Allah SWT. Oleh yang demikian, puasa perlulah dilakukanlah dengan sepenuh hati dan dengan penuh keikhlasan. Hikmah disyariatkan puasa :
- Melahirkan dalam diri rasa syukur terhadap nikmat. Puasa mendidik kita meninggalkan makan minum dan bersetubuh di siang hari. Sepertimana yg disebutkan dalam Surah al-Baqarah ayat 185, (ولعلكم تشعرون)
- Puasa adalah jalan mendapatkan ketaqwaan. Kita diperintahkan meninggalkan perkara yang halal ketika berpuasa kerana taatkan perintah Allah, maka lebih utamalah bagi kita untuk meninggalkan perkara yang haram dan maksiat kepadaNya.
- Puasa menundukkan tabiat dan mematahkan syahwat. Hal ini kerana, nafsu akan bercita-bercita terhadap syahwat apabila kenyang. Namun apabila lapar akan menghalangnya daripada apa yang diingini syahwat.
- Puasa mendatangkan rasa rahmat dan belas kasihan terhadap orang miskin. Maka, orang kaya yang merasa lapar dalam sebahagian waktu dalam hidupnya, akan teringatkan orang-orang susah yang dikebanyakan waktu dalam hidupnya merasa lapar.
- Puasa itu dapat mengalahkan syaitan, kerana syaitan dapat menyesatkan dan menggoda diri manusia adalah melalui pintu syahwat. Maka apabila pintu syahwat kita tutup dengan puasa, ianya dapat menguatkan diri dan membersihkan pemikiran daripada perkara-perkara yang keji.
- Puasa ini menyebabkan seseorang itu menjaga masa, dan merasakan adanya kesatuan sesama umat Islam dalam berpuasa dan berbuka.
- Puasa juga melatih dan mendidik kita supaya memiliki sifat sabar. Kerana kita melihat didepan mata kita perkara yang kita inginkan, tetapi kita tidak boleh melakukannya kerana puasa.
Sekiranya kita menghayati erti puasa ini, maka in sya Allah, akan terhasilnya daripada sebulan berpuasa ini, orang-orang Islam yang bertaqwa.