• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • SAMA TAPI BEZA !

    SAMA TAPI BEZA !

    • Posted by Ammar
    • Categories alquran, Blog, Checklist, Iman, Keampunan, Khusyuk, Ramadhan
    • Date April 6, 2023

    Ramadan adalah bulan pesta Ibadah semua yang mengaku beriman kepada Allah SWT. Bahkan keindahan bulan ramadan ini hanya benar-benar akan dirasai didalam jiwa bagi mereka yang betul-betul memanfaatkan sebaik mungkin ruang dan peluang yang diberikan oleh Allah untuk bertemu dengan bulan mulia ini. Tahap perasaan itu

    tidak sama, berdasarkan tidak samanya kadar ibadah antara kita. Semakin banyak amalan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan, semakin manislah keindahan ramdan yang dirasai oleh seseorang. Sebagaimana bezanya amalan setiap orang itu, begitu jugalah bezanya pahala yang diterima. Bahkan, meskipun satu ibadah yang sama tetapi dilakukan oleh dua individu yang berbeza, ganjaran pahala yang diterima boleh jadi tidak sama.

    Bagaiman perbezaan ini berlaku? Maka disinilah dimana tahap keikhlasan, kekhusyukan, kepayahan yang dihadapi oleh seseorang itu diambil kira. Seseorang yang ikhlas beribadah akan mendapat lebih pahala berbanding mereka yang tiada keikhlasan. Seseorang yang beribadah dalam penuh cabaran, pastinya akan mendapat pahala yang lebih berbanding mereka yang beribadah dalam keadaan yang lapang. Sebagai contoh, orang yang berpuasa dalam keadaan dia bekerja dibawah terik matahari akan mendapat pahala yang lebih berbanding mereka yang berpuasa namun sekadar duduk di rumah. Begitulah juga perbezaanperbezaan yang lain. Allah Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya.

    Perkara ini juga ada dihuraikan oleh ulama usul seperti Imam Izzu al-Din bin Abd Al-Salam dalam kitabnya Qawaid Al-ahkam. Beliau menyatakan bahawa “perbezaan pahala dua amalan yang serupa itu bukanlah perbezaan pahala amalan itu

    sendiri, sebaliknya tambahan pahala itu diperolehi disebabkan kesusahan yang ditanggung oleh seseorang itu”. Ini lah yang dikatakan bagaimana satu amalan yang sama dilakukan namun pahala yang diterima oleh setiap orang berbeza-beza. Dalam bab berpuasa ini, itulah perkara yang sama berlaku.  walaupun dari segi puasa, tujuan sama. Juga syarat, rukun dan sunnah yang dilaksanakan itu sama. Namun, pahala itu berbeza bukan disebabkan perbezaan pahala puasa, tetapi perbezaan disebabkan oleh bebanan yang ditanggung oleh seseorang yang melaksanakan tanggungjawab tersebut.

    Maka, memandangkan kita sudah berjaya menempuh separuh daripada bulan Ramadan ini, marilah sama-sama kita kuatkan semangat, sentiasa ikhlaskan diri dalam beribadah kepada Allah SWT. Mudah-mudahan kita mampu menjadi hamba Allah yang beriman dan bertakwa.

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    APA ITU ILMU QIRAAT?
    April 6, 2023

    Next post

    SEBUAH PERJALANAN KEBAIKAN
    April 7, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.