• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Iman

    • Home
    • Blog
    • Iman
    • Kelebihan berpuasa sunat di bulan Syawal

    Kelebihan berpuasa sunat di bulan Syawal

    • Posted by zaki
    • Categories Iman
    • Date April 17, 2023

    Apabila tibanya Syawal, antara amalan sunat yang boleh dilakukan ialah dengan melakukan ibadah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Hal ini sebagaimana hadith yang menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun. 

    Imam al-Nawawi di dalam syarahya menyebutkan,hadith ini menjadi dalil bagi mazhab Syafi’e, Hanbali dan juga Dawud al-Zahiri bahawa disunatkan untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal manakala fadhilat seumpama berpuasa sepanjang tahun adalah berdasarkan hadith Nabi SAW  yang menyebut : 

    أَنَّ الْحَسَنَةَ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا

    Maksudnya: Sesungguhnya setiap kebaikan itu dibalas dengan 10 kali ganda  

    Berikut dikongsikan kelebihan Puasa 6 di bulan Syawal

    1. Mendapat Ganjaran Pahala Seperti Berpuasa Setahun

    Puasa merupakan salah satu ibadah yang mempunyai tempat yang tinggi di sisi Allah.

    Oleh sebab itu, umat Islam digalakkan untuk melengkapkan puasa 6 pada bulan Syawal. Ini sepertimana hadith Nabi SAW :


    مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

    Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal, itu adalah menyamai seperti berpuasa selama setahun.” 

    (Riwayat Muslim)


    Menerusi hadis ini, puasa 6 juga dilihat sebagai tanda kasih sayang Allah kepada umat Nabi Muhammad dengan mengurniakan peluang untuk beroleh pahala berpuasa setahun jika puasa bulan Ramadhan dilengkapi dengan puasa enam hari di bulan Syawal.

    2. Menampung Kekurangan Puasa Ramadan


    Dalam menjelaskan mengenai perkara ini al-Imam Ibn Rajab menjelaskan:


    أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل


    “Sesungguhnya puasa enam dan puasa syaaban adalah seperti amalan solat sunat rawatib sebelum dan sesudah solat fardu. Amalan sunat ini menampung kekurangan yang ada pada amalan fardu tersebut sekiranya berlaku kelompongan pada amalan fardu.” (Lataif Maarif)

    3. Meneruskan Momentum Ibadah Ramadan

    Selain itu, kita juga amat digalakkan untuk berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal untuk meneruskan momentum amal ibadah yang telah dilakukan pada bulan Ramadan.

    Kebanyakan dari kita amat bersemangat untuk melakukan amal ibadah ketika bulan Ramadan, dan berjaya melawan nafsu untuk menggandakan amalan berbanding bulan-bulan lain.

    Untuk membantu mengekalkan momentum tersebut, puasa 6 dapat melatih jiwa kita untuk tetap konsisten dalam tetap mengerjakan amalan sunat.

    Bulan Syawal juga dilihat sebagai kayu ukur sama ada amalan pada bulan Ramadhan berjaya memberi kesan pada hati dan perbuatan kita.

    Sekiranya kita masih mengekalkan rutin ibadah sama seperti dalam bulan puasa, bererti kita telah berjaya mencapai matlamat sebenar bulan Ramadhan itu sendiri, iaitu sebagai bulan latihan bagi umat Islam dalam mengutamakan ibadah kepada Allah berbanding perkara lagha.

    Oleh itu, sementara kita punya masa janganlah kita melepaskan peluang untuk meraih pahala puasa enam yang hanya datang setahun sekali.

    Berikut disertakan cara lafaz Niat Puasa 6 untuk rujukan bersama:

    LAFAZ NIAT PUASA 6

    نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِتَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى

    Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”

    Tag:puasasunat, syawal, ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    zaki

    Previous post

    NUZUL AL-QURAN : AL-QURAN MENYERU KEPADA KESATUPADUAN UMMAH
    April 17, 2023

    Next post

    MENYAMBUT SYAWAL DENGAN SUNNAH
    April 18, 2023

    You may also like

    Gambar Artikel Terakhir
    Marah Adalah Salah Satu Panahan Syaitan.
    11 September, 2023
    images (5)
    UMRAH SEBUAH PERJALANAN MANIFESTASI IMAN
    4 September, 2023
    images-4
    SUDUT PANDANG HADITH TENTANG AMALAN MANDI SAFAR
    21 August, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.