• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • TUNDUKKAN PANDANGANMU!

    TUNDUKKAN PANDANGANMU!

    • Posted by Aisyah
    • Categories alquran
    • Date May 11, 2023

    Al-Quran adalah kitab mukjizat yang memandu manusia kepada hakikat kehidupan dan petunjuk kepada kebenaran. Allah -سبحانه وتعالى- memberikan manusia pedoman dan panduan bagi menguruskan kehidupan melalui kalam Nya yang suci, iaitu al-Quran. Orang yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidupnya akan mendapati bahawa kehidupannya terarah kepada kebaikan dan jauh daripada kerosakan.

    Dalam Surah al-Nur ayat ke 30 dan 31, Allah -سبحانه وتعالى- memerintahkan orang-orang mukmin yang lelaki dan perempuan agar menahan pandangan mereka daripada memandang yang haram dan menjaga kehormatan diri. Firman Allah Ta’ala :

    ﴿قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ  ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ  إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ٣٠

    Maksudnya : «Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan(30)»

    Manakala dalam ayat ke 31, firman Nya :

     وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا  وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ  وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ …﴾ [النور: 30-31]

    Maksudnya : «Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka …»

    Nas al-Quran ini memberi makna wajib, iaitu wajib menahan serta mengawasi mata daripada memandang yang haram dan menjaga kemaluan daripada yang tidak halal dan maksiat.[1] Sekiranya pandangan itu secara tidak sengaja tertuju kepada perkara yang haram dilihat, maka hendaklah seseorang itu segera memalingkan pandangannya.[2]

    Antara perkara yang wajib bagi seseorang itu menahan pandangannya adalah terhadap :

    1. Memandang aurat.

    Islam melarang daripada memandang aurat-aurat orang lain, sama ada pandangan tersebut daripada lelaki kepada aurat perempuan, perempuan kepada aurat lelaki, lelaki kepada aurat lelaki yang lain, mahupun pandangan daripada perempuan kepada aurat perempuan yang lain sama ada dengan syahwat atau tanpa syahwat.  

    Ada ketikanya gugur pengharaman tersebut apabila berlaku sebab yang dibenarkan syarak seperti kecemasan, hajat atau darurah dengan syarat kecemasan, hajat dan darurah tersebut aman daripada fitnah dan keinginan syahwat.[3]

    Sabda Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- :

    لا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إلى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، ولا المَرْأَةُ إلى عَوْرَةِ المَرْأَةِ، ولا يُفْضِي الرَّجُلُ إلى الرَّجُلِ في ثَوْبٍ واحِدٍ، ولا تُفْضِي المَرْأَةُ إلى المَرْأَةِ في الثَّوْبِ الواحِدِ.

    Maksudnya : “Seorang laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan seorang perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain. Seorang laki-laki tidak boleh bersatu (bercampur) dengan laki-laki lain dalam satu pakaian, dan seorang perempuan tidak boleh bercampur dengan perempuan lain dalam satu pakaian. (HR Muslim : 338)

    2. Memandang Perkara Maksiat Dalam Media.

    Media yang berunsur maksiat juga merupakan antara objek yang diwajibkan seseorang itu menahan pandangan daripadanya. Antaranya rancangan televisyen yang memaparkan wanita yang tidak menutup aurat, begitu juga menyaksikan media yang porno atau berbau pornografi baik di media cetak, elektronik mahupun internet. Ia adalah perbuatan dan pandangan yang haram kerana boleh menimbulkan rangsangan berahi dan antara faktor yang membawa kepada perbuatan keji seperti zina dan rogol.[4]

    Kesimpulannya, pandangan mata yang terjaga akan turut membantu menjauhkan diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan maksiat serta menjernihkan hati. Barangsiapa yang menjaga pandangannya, maka Allah akan memberikan cahaya pada pandangannya ataupun cahaya kepada hatinya.


    [1] Nafisah Tahir. Kamal Ashaari. T.th. Ajarkan Wanitamu Surah al-Nur. T.tp : Aisyah Humaira’ Publication. 182

    [2] Ibnu Katsir. 2004.Tafsir Ibnu Katsir. Bogor : Pustaka Imam asy-Syafi’i.Cet.1. Jil 6/38

    [3] Nafisah Tahir. Kamal Ashaari. T.th. Ajarkan Wanitamu Surah al-Nur. T.tp : Aisyah Humaira’ Publication. 188

    [4] Nafisah Tahir. Kamal Ashaari. T.th. Ajarkan Wanitamu Surah al-Nur. T.tp : Aisyah Humaira’ Publication. 191

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    BOLEHKAH MENYAMBUT HARI RAYA SELAMA SEBULAN SYAWAL?
    May 11, 2023

    Next post

    PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM
    May 12, 2023

    You may also like

    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023
    rasul
    TAHUN DUKACITA NABI MUHAMMAD SAW
    3 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.