• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • JAUHI SIHIR

    JAUHI SIHIR

    • Posted by Aisyah
    • Categories alquran, Hadis
    • Date June 2, 2023

    MAKNA SIHIR DARI SUDUT BAHASA

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud sihir ialah perbuatan (atau kejadian) luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus.[1]

    Menurut al-Azhari dalam Lisanul Arab, sihir bermaksud perbuatan yang mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta pertolongan daripadanya. Ianya juga bermaksud mantera yang mengaburi mata sehingga seseorang itu menyangka sesuatu perkara itu adalah sepertimana yang dilihat, tetapi hakikatnya ia bukanlah sepertimana yang dilihat. Sihir juga dikenali sebagai mantera.[2]

    Menurut beliau lagi, asal bagi sihir ialah menukarkan sesuatu perkara daripada hakikat sebenarnya kepada sesuatu yang lain.

    Makna yang lain ialah setiap perkara yang tersembunyi sebabnya dan mengkhayalkan, bukan hakikat dan berjalan di atas penipuan. Al-Sihr juga bermaksud ilmu sihir, mantera, fahaman kesesatan, dan perdukunan.[3]

    MAKNA SIHIR DARI SUDUT SYARIAT

    Menurut Ibnu Khaldun, sihir merupakan satu cabang ilmu yang digunakan untuk merealisasikan tujuan jahat yang tersembunyi dengan menggunakan anasir-anasir jahat serta ghaib, sama ada menggunakan perantaraan ataupun tidak.

    Selain itu, Imam al-Qurtubi mentakrifkan sihir asalnya adalah tangkal atau tali yang berhelah iaitu tukang sihir melakukan sesuatu sehingga ia bertukar menjadi sesuatu yang bukan hakikatnya.

    Lafaz sihir menurut uruf syarak ialah khusus untuk setiap perkara yang sebabnya tersembunyi, dibayangkan dengan cara yang berbeza daripada realitinya, serta berfungsi melalui pemalsuan dan penipuan.[4]

    Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din dalam bukunya menukilkan pendapat-pendapat para sarjana mengenai takrif sihir, antaranya :

    Dr Abdullah bin Muhammad at-Toyyar mentakrifkan sihir sebagai azimat-azimat dan jampi mantera sihir yang dilakukan oleh pengamalnya yang memberi kesan negatif kepada hati dan emosi seseorang, menyakiti atau membunuhnya.

    Ibnu Qudamah mentakrifkan sihir sebagai ikatan, jampi-jampi atau kata-kata mantera yang diucap atau ditulis, ataupun perbuatan untuk memudaratkan emosi, fikiran atau akal manusia sehingga ada kalanya boleh membawa kepada kematian.

    Syeikh Wahid Abdul Salam Bali mentakrifkan sihir ialah kesepakatan, permuafakatan dan persetujuan bersama antara ahli sihir dengan syaitan. Ahli sihir akan melakukan sesuatu perkara yang diharamkan oleh syarak menerusi amalan-amalan syirik kepada Allah SWT bagi mengenakan kemudaratan ke atas manusia. Syaitan pula akan membantu melaksanakan permintaan ahli sihir itu untuk melakukan kerja-kerja jahat. [5]

    KESIMPULAN

    Dengan mengetahui maksud sihir diatas, umat Islam perlu sentiasa berwaspada dan menjauhi segala perkara yang bersangkut paut mahupun yang berkaitan dengan sihir, kerana ianya merupakan suatu tipu daya daripada syaitan untuk merosakkan kehidupan manusia,  menjerumuskan manusia ke lembah kekufuran dengan mensyirikkan Allah SWT, dan menipu daya manusia.

    Orang yang mengamalkan sihir bererti telah melakukan syirik kepada Allah SWT, dan pekerjaan tersebut ialah pekerjaan yang merosakkan akidah menurut persepakatan para ulama. Nas-nas daripada al-Quran dan Hadis telah jelas menerangkan bahawa mengamalkan sihir adalah berdosa besar , bahkan satu kekufuran yang jelas apabila seseorang meyakini ianya dapat memberi kesan dengan sendirinya, bukan dengan kuasa Allah SWT.

    Sihir adalah fenomena yang benar-benar berlaku dan dapat mendatangkan kesan mudarat, kesakitan dan penderitaan kepada mangsa sihir dengan izin Allah SWT. Fenomena sihir ini dinyatakan secara jelas dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Penderitaan tersebut adalah hasil penglibatan makhluk jin dan syaitan yang berupaya menyakiti manusia juga dengan izin Allah SWT. Sihir ini merupakan suatu bentuk ujian daripada Allah SWT, dan juga suatu bentuk penyakit yang perlu dirawat dan dicegah sebelum ianya menimpa seseorang.

    Allah SWT telah menyediakan benteng terbaik bagi seseorang Muslim itu daripada sihir, iantu pelbagai jenis doa dan wirid yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Selain itu, setiap Muslim perlu menyedari bahawa bertakwa kepada Allah merupakan kubu dan benteng yang paling ampuh bagi melepaskan diri daripada segala gangguan dan cengkaman jin serta syaitan.[1]


    [1] Haron Din. 2019. Siri Pengajian Pengubatan Islam (Rawatan Penyakit Akibat Sihir). Selangor : Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’). 5/58.


    [1] https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sihir

    [2] Ibnu Manzur. T.th.  Lisanul Arab. Kaherah : Darul Ma’arif.  1951

    [3] Zulkifli Hj Mohd Yusoff. Et.al. T.th. Kamus al-Quran (Rujukan Lengkap Kosa Kata Dalam al-Quran). T.tp : PTS Islamika Sdn Bhd. 303

    [4] Al-Razi. T.th. Tafsir al-Razi (Mafatih al-Ghaib). T.tp : t.pt. Nizam al-Din Hassan bin Muhammad bin Husain Al-Naisaburi. 1416H. Gharaib al-Quran wa Raghaib al-Furqan. Beirut : Darul Kutub al-Ilmiah.  1/346.

    [5] Haron Din. 2019. Siri Pengajian Pengubatan Islam (Rawatan Penyakit Akibat Sihir). Selangor : Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’). 5/3.

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    PROGRAM CUTI SEKOLAH NADI AL-QURAN
    June 2, 2023

    Next post

    INI PUN SUNNAH: TAHARAH
    June 3, 2023

    You may also like

    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023
    rasul
    TAHUN DUKACITA NABI MUHAMMAD SAW
    3 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.