• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • HIKMAH KORBAN

    HIKMAH KORBAN

    • Posted by Aisyah
    • Categories alquran
    • Date June 17, 2023

    ERTI KORBAN

    Aidiladha menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijjah setiap tahun Hijrah atau dikenali sebagai hari raya haji dan hari raya Korban.[1]  

    Maksud korban pula dinyatakan sebagai amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau, dan lain-lain pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.[2]

    Maksud korban sekiranya dilihat dalam huraian Kitab Matla’ al-Badrain yang disusun oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menukilkan pengertian korban ialah sembelihan binatang iaitu unta, lembu, kambing dan kambing biri-biri. Korban ini bertujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah -سبحانه و تعالى- dan dilakukan pada hari raya korban.

    Dalil pensyariatan ibadah ini adalah berdasarkan firman Allah -سبحانه و تعالى- :

    ﴿فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ٢﴾ [الكوثر: 2]

    Maksudnya : «Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)»[3]

    Menurut tafsir Ibnu Katsir, ayat ini memberi maksud : sebagaimana Kami telah memberimu kebaikan yang banyak didunia dan akhirat, oleh kerana itu, tulus ikhlaslah dalam menjalankan solat wajib dan sunnahmu serta dalam berkurban hanya untuk Rabbmu. Ibadahilah Dia semata yang tiada sekutu bagi Nya.[4]

    HIKMAH KORBAN

    Korban adalah merupakan satu ibadah, seperti mana hikmah dan faedah ibadah-ibadah yang lain iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah. Ibadah korban juga mempunyai hikmah yang banyak, antaranya adalah untuk menghidupkan makna pengorbanan sepertimana teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim alaihissalam dalam mentaati perintah Allah. Itulah pengorbanan sebenar yang ditunjukkan oleh seorang hamba. Pengorbanan agung yang dilakukan itu adalah dengan mengorbankan sesuatu yang dicintai kerana Allah.

    Selain itu, melalui ibadah korban ini, ianya dapat membantu golongan fakir dan berhajat serta menggembirakan mereka, anak isteri dan keluarga pada hari raya.

    Ibadah korban juga dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim antara anggota masyarakat Islam dan menanamkan semangat hidup berjemaah serta berkasih sayang.[5]


    [1] https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=aidiladha

    [2] https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=korban

    [3] Surah al-Kauthar ayat 2.

    [4] M.Abdul Ghoffar et al. 2004. Tafsir Ibnu Katsir. Bogor : Pustaka Imam asy-Syafi’i.  8/557

    [5] Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Risalah Aidil Adha Perlaksanaan Korban dan Hikmahnya  Edisi 1435/2015. Kedah : Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman. Mustafa al-Khin. Mustafa al-Bugha. Ali al-Syarbaji. 1413H/1992M. Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafie. Cet:4. Damsyik : Dar al-Qalam li al-Tiba’ah wa al-Nashr wa al-Tauzi’. 1/232

    • Share:
    author avatar
    Aisyah

    Previous post

    PUSAT NADI AL-QURAN
    June 17, 2023

    Next post

    ADAB DALAM BERDOA
    June 20, 2023

    You may also like

    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023
    rasul
    TAHUN DUKACITA NABI MUHAMMAD SAW
    3 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.