• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • KEBAIKAN DALAM MEMPELAJARI AL-QUR’AN

    KEBAIKAN DALAM MEMPELAJARI AL-QUR’AN

    • Posted by Hafeez hakime
    • Categories Aktiviti UUC, alquran, Hadis
    • Date July 6, 2023

    Al-Qur’an merupakan mukjizat Agung yang di turunkan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan juga di jadikan sebagai panduan hidup untuk seluruh umat islam.Ramai yang masih tidak tahu mengenai kebaikan Al-Qur’an ini dalam kehidupan seharian kita yang mana ia dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.

    Baca Al-Qur’an dapat Pahala betul ke?
    Salah satu kelebihan Al-Qur’an adalah dengan membacanya kita boleh menambahkan amalam dan pahala seperti yang terdapat dalam Al-Qur’an dan Hadis mengisahkan berkenaan pahala yang di perolehi bagi seseorang yang membacanya dan kelebihan Al-Qur’an itu sendiri:-

    Daripada Abdullah bin Mas’ud. Nabi SAW bersabda:

    مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِلَهَ ، المْثَالِلَا وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ

    “[Barangsiapa membaca satu huruf] dari kitab Allah, maka baginya pahala darinya, dan pahala sepuluh sepertinya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf.”
    Sunan al-Tirmizi (2910).

    Selain dari hadis di atas terdapat juga dalam Al-Qur’an yang menceritakan kebaikan membaca Al-Qur’an contohmya:-

    Firman Allah SWT:

    إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَـٰبَ ٱللَّـهِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُوا۟ مِمَّا رَــهِ َانِيَةً يَرْجُونَ تِجَـٰرَةً لَّن تَبُورَ

    “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka secara sembunyi dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan keuntungan yang tidak akan merugi”.
    Surah al-Fatir (29)

    عن عثمانَ بن عفانَ رضيَ اللَّه عنهُ قال : قالَ رسولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « خَيركُم مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعلَّمهُ » رواه البخاري

    Dari Usman bin Affan ra, Rasulullah saw. bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Qur’an dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).

    Kebaikan Membaca Al-Qur’an Khusus pada Surah-Surah Tertentu betul ke?
    Setiap satu perkara mesti di dahulukan dengan niat,usaha dan akhirnya tawakal namun kita sering terlupa akan istiqamah dalam melakukan sesuatu amal kerana alpa dan leka,Namun bagi yang istiqamah dalam beramal akan mendapat kelebihan tersebut contohnya seperti;-

    Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.” (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tirmizi, Riyadh as-Salihin oleh Imam Ahmad)

    Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Maka didapati padanya seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:-


    يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.

    Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
    Riwayat al-Tirmizi (2890)

    Kesimpulannya,kita sebagai umat islam seharusnya melazimi lidah kita dengan kalam Allah s.w.t yakni Al-Qur’an kerana ia merupakan salah satu perkara yang mudah bagi kita untuk mendapat pahala dari Allah s.w.t, Secara tidak langsung dapat melembutkan hati kita dan menambahkan ilmu kita mengenai kebesaran Allah s.w.t serta meningkatkan iman kita kepada Allah dan Rasullullah Muhammad s.a.w , Insya’allah kita bermula dengan usaha sehingga istiqamah dan islah diri ke arah yang lebih baik, mari sama-sama kita beramal.

    • Share:
    author avatar
    Hafeez hakime

    Previous post

    QURBAN 2023 DI KG BAHAGIA, SABAH
    July 6, 2023

    Next post

    POLITIK KENEGARAAN RASULULLAH
    July 6, 2023

    You may also like

    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023
    rasul
    TAHUN DUKACITA NABI MUHAMMAD SAW
    3 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.