• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • Di Sebalik Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w

    Di Sebalik Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w

    • Posted by Hafeez hakime
    • Categories alquran, Hadis, Iman, Keampunan
    • Date July 17, 2023

    Di sebalik penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w

    Sejarah Di Sebalik Awal Muharram, Bermulanya Tahun Baru Dalam Kalendar Islam. Bagi umat Islam, peristiwa penting yang menandakan permulaan tahun baharu disebut sebagai Awal Muharram atau Maal Hijrah. Kalendar Islam disebut sebagai kalendar Hijrah bersempena peristiwa hijrah atau perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tanggal 12 Rabiul Awal.
    Kisah hijrah Nabi Muhammad SAW Sebelum Nabi ke Madinah, majoriti penduduk Madinah adalah Yahudi dan Nasrani. Dipetik daripada buku History of Islamic Culture ( 2021 ), agama Yahudi memasuki Madinah pada abad ke-1 dan ke-2 Masihi. Manakala agama Kristian mula dianuti oleh penduduk Madinah pada tahun 343 Masihi. Walaupun begitu, sebelum Nabi Muhammad hijrah ke Madinah, Nabi Muhammad telah mengislamkan sebahagian penduduk di situ. Pada tahun ke-11 Nubuwah atau pada musim haji, seramai 6 orang penduduk Madinah memeluk Islam.
    Kemudian, 6 orang tersebut mengajak masyarakat setempat untuk memeluk Islam. Sehingga musim haji berikutnya, 12 orang datang ke Mekah untuk berbaiah kepada Rasulullah SAW. Inilah yang dinamakan Ikrar Aqabah Pertama. Pada musim haji berikutnya, pada tahun ke-13 Masihi, jumlah penganut Islam bertambah. Seramai 70 orang umat Islam menunaikan ibadah haji pada tahun tersebut. Mereka kemudiannya bertemu dengan Nabi Muhammad SAW dan berbaiah secara diam-diam. Bai’ah ini dinamakan Bai’at Aqabah Kedua atau Bai’ah Aqabah Kubra
    Setelah sebahagian penduduk Madinah memeluk islam Allah s.w.t mengizinkan Nabi Muhammad s.a.w dengan para sahabatnya berhijrah ke Madinah.
    Di sana Nabi Muhammad s.a.w membina masyarakat yang baru dengan menyatukan pihak muhajirin dan ansar bagi meningkatkan islam dan bersatu pada masa itu bagi menentang golongan kaum Kafir Quraisy.

    Hikmah yang boleh kita ambil dari kisah Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w
    Pertama, orang yang pertama kali membuat permulaan kalendar Hijriyah jatuh pada bulan Muharram iaitu Umar bin Khattab. Bagi Nabi Muhammad SAW, hijrahnya dari Mekah ke Madinah dilakukan pada bulan Rabiul Awal berdasarkan pendapat masyhur. Nabi SAW memilih untuk berhijrah ke Muharram kerana bulan itu datang selepas jemaah haji menunaikan haji.
    Kedua, Nabi menyediakan tempat yang selamat kepada para sahabatnya dari serangan orang musyrikin mekah yang mana pada masa itu ingin mencari dan membunuh umat islam.
    Ketiga, Ali bin Abi Talib menghabiskan malam hijrah di atas katil Nabi, dan beliau melakukan pengorbanan ini untuk melindungi nyawa Nabi.
    Keempat, Rasulullah SAW berhijrah dan meninggalkan tanah air untuk keredhaan Allah SWT bertujuan untuk mengembangkan islam ke tempat yang lain
    Kelima, Rasulullah SAW memilih sahabat Abu Bakar untuk menemaninya dalam perjalanan hijrah dan ketika melakukan perkara yang sukar yang mana pada ketika itu beliau dan Saidina Abu Bakar menyembunyikan diri di Gua Tsur yang mana ada seekor Labah-labah yang membantu Nabi dan Saidina Abu Bakar ketika di dalam gua tersebut.
    Keenam,Nabi setelah berada di Madinah, menyatukan golongan Muhajirin (yang menyertai Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah) dan Ansar (penduduk Madinah yang memeluk Islam).
    Dan yang terakhir, Nabi ketika pulang ke Mekah (Fathu Makkah) tidak membalas perbuatan buruk orang Mekah terhadapnya. Rasulullah SAW memaafkan penduduk Makkah dan memohon ampun kepada Allah SWT untuk mereka setelah memerangi baginda selama 21 tahun.

    Kesimpulannya, kita dapat lihat betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan islam untuk membantu memberikan kefahaman kepada umat manusia mengenai Agama Islam itu sendiri bukannya suatu perkara yang mudah.Justeru itu sempena kita ingin menyambut tahun baru bagi umat islam mari kita sama-sama menanam Azam yang baru untuk menjadi seorang yang lebih baik dari segi perbuatan(amalan) mahupun akhlak semoga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah insya’allah.

    • Share:
    author avatar
    Hafeez hakime

    Previous post

    JOM KEJAR PAHALA 10 MUHARRAM!!
    July 17, 2023

    Next post

    4 KISAH MENARIK DI BULAN MUHARRAM
    July 18, 2023

    You may also like

    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023
    rasul
    TAHUN DUKACITA NABI MUHAMMAD SAW
    3 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.