Usaha Dengan Tangan Sendiri
Perniagaan adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w berniaga ketika di usia muda lagi pada mulanya Nabi Muhammad s.a.w meniaga ketika berumur 12 tahun bersama mengikuti pakcik baginda Abu Thalib ke Syam pada tahun 583 masihi Bermusafir dari mekah ke syam kira-kira 900 kilometer jarak perjalanan. Malah, dengan hasil berniaga juga baginda gunakan untuk jalan dakwah.
Apa Kata Rasulullah?
Miqdam merekodkan, Rasulullah s.a.w. berkata, ‘’Tidak ada makanan yang lebih baik bagi seseorang kecuali makanan yang diperoleh daripada hasil peluhnya sendiri. Nabi Daud a.s juga makan daripada hasil peluhnya sendiri.’’
Hadis Riwayat Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, kitab Al-Buyu’
Jom Faham
Rasulullah menggalakkan kita untuk berusaha mencari rezeki yang halal.Hasil yang diperoleh daripada titik peluh sendiri itu lebih baik.Malah Allah s.w.t juga menyamakan orang yang usaha bekerja sendiri dengan orang yang berperang ke di jalan Allah.
Allah s.w.t juga menyatakan dalam Al-Qur’an supaya kita keluar bekerja mencari rezeki daripada limpah kurnia-Nya.Allah s.w.t menyatakan dalam Surah Al-Jumuah ayat 10.
فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ١٠
‘’Kemudian selepas selesai solat, maka bertebaranlah kamu di atas muka bumi(bagi menjalankan urusan masing-masing). Dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatilah Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat)’’.
Kesimpulannya, kita sebagai hamba Allah s.w.t diberikan pelbagai keistimewaan dan nikmat yang mana salah satunya merupakan ilmu berniaga yang boleh di jadikan sebagai salah satu punca bagi kita manusia untuk mencari rezeki bagi kelangsungan hidup di atas muka bumi Allah s.w.t