• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • Jaga Hak Allah,Allah Jaga Kita Dunia dan Akhirat

    Jaga Hak Allah,Allah Jaga Kita Dunia dan Akhirat

    • Posted by Hafeez hakime
    • Categories Aktiviti UUC, Blog
    • Date August 21, 2023

    Sebagai manusia kita seharusnya menjaga hak, tidak kira terhadap diri sendiri mahupun orang lain kerana ianya amat penting  bagi mengelakkan segala perselisihan faham dan juga rasa tidak puas hati antara satu sama lain jadi kita hendaklah menjaga hak-hak tersebut. Namun, bagaimanakah hak kita dengan  Allah s.w..t adakah kita menjaganya?

    Seringkali kita sebagai hamba tidak mengambil berat tentang hak-hak Allah s.w.t yang perlu kita jaga ini kerana kesibukan mengejar keduniaan dan sebagainya sehingga kita gagal menguruskan masa dengan baik seperti dalam firman Allah s.w.t pada surah Al-Asr.

    وَٱلْعَصْرِ ١ إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ ٢ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ ٣

    Demi Masa!, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

    Mari kita saksikan dialog di bawah:-

    ”Amir, kamu sudah solat isyak ataupun belum? Dari tadi mama tengok

    Kamu berborak di telefon. Ingat pesan mama, utamakan yang mana lebih utama. Menjaga hubungan dengan Allah adalah perkara utama”.

                                                      
    ”Astaghfirullahalazim!

    Belum lagi mama, terima kasih mama atas ingatan dan nasihat.

    Maafkan Amir!”

    Dari Sketsa di atas kita dapat lihat betapa pentingnya menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t.

    Apa Kata Rasulullah s.a.w?

    Daripada Abdullah ibn Abbas r.a. beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi s.a.w. pada suatu hari, lalu baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu.Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah.Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu…

    (Hadith direkodkan oleh Imam At-Tirmizi dalam Sunan At-Tirmizi, Kitab Sifat Al-Qiyamah wa Ar-Raqa’iqi wa Al-Wara’ie ‘an Rasulullah s.a.w., bab Minbu, no hadith 2440, daripada Abdullah bin Abbas)

    Pandangan Pakar

    Dalam sebuah rencana Berita Harian keluaran 14 November 2008, bertajuk ‘’ Menjaga Amanah Kepada Allah dan Sesama Manusia’’ yang ditulis oleh Dr. Khairunneezam Mohd.Noor,(Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan di Universiti Sains Islam Malaysia), beliau menerangkan bahawa sifat Amanah amat berkait rapat dengan keimanan seseorang. Amanah kepada Allah s.w.t adalah Amanah yang pertama dijunjung oleh manusia. Seorang yang beriman akan menunaikan segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan dan dituntut kepada-Nya dengan Ikhlas dan jujur.

    Kesimpulannya, bagi pandangan saya yang yang serba  dhoif ini, jika seseorang muslim itu hendak berjaya di dunia dan akhirat seharusnya menjaga hubungan dengan Allah s.w.t salah satunya dengan menjaga solat Fardhu seperti mana yang di syariatkan dalam islam mari saya kongsikan sedikit doa firman Allah s.w.t. Surah Ibrahim Ayat 40, Selamat beramal sekian dari saya.

    رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ ٤٠ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ ٤١

    “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”

    “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”

    • Share:
    author avatar
    Hafeez hakime

    Previous post

    MAAL HIJRAH BERSAMA JHEAINS REMBAU
    August 21, 2023

    Next post

    SUDUT PANDANG HADITH TENTANG AMALAN MANDI SAFAR
    August 21, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.