Marah Adalah Salah Satu Panahan Syaitan.
Amirah:‘’Safia, janganlah cepat memaki hamun perempuan itu, entah betul ataupun tidak khabar angin yang tersebar itu. Marah itu adalah bisikan syaitan. Cuba bertenang dan istighfar. Kemudian, kita akan siasat khabar angin ini.’’
Safia:’’Astaghfirullah hal Azim. Aku terbawa-bawa emosi, aku tidak boleh tengok lelaki curang.’’
Apa Kata Rasulullah s.a.w?
Seorang lelaki meminta nasihat dari Nabi Muhammad s.a.w., lalu baginda s.a.w berkata, ‘’Janganlah engkau menjadi seorang pemarah’’ Lelaki itu mengulangi permintaanya beberapa kali, Nabi s.a.w. berkata lagi ‘’Janganlah engkau menjadi seorang pemarah.’’
Hadith Riwayat Imam Bukhari dalam sahih Bukhari, kitabnya Al-Adab, bab Al-Hazar min Al-Ghadab, no. hadith 5651, dari Abu Hurairah r.a
Cara Mengawal Kemarahan:
- Perbanyakkan minum air kosong seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan, minum lapan gelas sehari.
- Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan dalam kiraan 4 menggunakan hidung, tahan nafas selama 2 minit kemudian hembuskan perlahan-lahan dalam kiraan 4 menggunakan mulut.
- Menghilangkan ketegangan dengan ketawa agar dapat menghiburkan diri dan orang lain.
- Mengawal minda sebelum mengawal emosi seperti mendiamkan diri dan bertenang selama 10 minit.
Pandangan Pakar
Janganlah jadikan marah umpama api di dapur hatimu, panasnya biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga Tindakanmu kelihatan mentah. Jangan pula keterlaluan hingga peribadianmu hangus terbakar!.
(Rujukan Buku Dimana Dia Di Hatiku? Karya Pahrol Mohd Juoi.)
Doa Minta Diberi Kesabaran.
رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًۭا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ ٢٥٠
“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir” (Al-Baqarah ayat 250).
Demikian, merupakan sedikit perkongsian yang dapat diambil berdasarkan kisah di atas dan perbuatan marah itu sendiri di tegah oleh nabi s.a.w kerana dapat menimbulkan keadaan yang kurang baik bukan sahaja dari pergaulan malah dari sudut kesihatan oleh itu penawar bagi marah adalah sabar insya’allah mudah-mudahan kita berjaya hindari sifat marah dalam diri sekian dari saya Assalamu’alaikum w.b.t.