• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Maulidur Rasul

    • Home
    • Blog
    • Maulidur Rasul
    • CINTA NABI SAW ADAKAH HANYA BERMUSIM?..

    CINTA NABI SAW ADAKAH HANYA BERMUSIM?..

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Maulidur Rasul
    • Date September 29, 2023
    Cinta Rasulullah Tidak Bermusim

    Terlalu banyak untuk dinukilkan akan pengorbanan Rasulullah SAW terhadap kita umatnya. Lupakah kita akan pengorbanan Baginda SAW menyampaikan dakwah di Thaif yang diherdik, dihina, dicaci dan dibaling batu sehinggakan jubah yang dipakai Baginda SAW bertukar menjadi warna merah dek kerana badan mulia Rasulullah SAW berlumuran dengan darah.

    Sehinggakan Baginda SAW ditawarkan oleh Allah SWT dengan mengutuskan Malaikat Jibril untuk menghempap bukit ke atas penduduk Taif. Namun mulianya Rasulullah, Baginda SAW menolak pelawaan itu malah Baginda SAW berdoa agar suatu hari nanti Islam berkembang di bumi Thaif dan penduduknya berterusan menegakkan Syiar Islam selamanya.

    Baginda SAW sangat mencintai dan mengasihi kita sebagai umatnya, namun, adakah kita sebagai umatnya juga mencintai sosok manusia bernama Muhammad SAW ini? Tepuk dada, tanya Iman. “Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya”, (Riwayat Bukhari, 15).

    Tujuan Maulidur Rasul sudah pastinya ingin menimbulkan rasa cinta dan sayang terhadap Baginda SAW dalam diri setiap manusia yang meraikannya. Namun, rasanya adakah memadai untuk membuktikan cinta kepada Nabi Muhammad SAW, hanya dengan mengadakan ceramah-ceramah, memegang sepanduk sewaktu perarakan, atau marhaban?

    Memang benar tidak salah untuk menyambut Maulidur Rasul, mengajak orang beramai-ramai mengingati segala pengorbanan Baginda SAW, namun alangkah baiknya jika kita sebagai umatnya sentiasa berusaha mengikuti perilaku, perbuatan dan sifat-sifat Baginda SAW sepanjang kehidupan kita semua.

    Terdapat banyak cara-cara bagi menunjukkan bukti cinta kita kepada Rasulullah SAW, antaranya:

    1. Berselawat ke atas baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” [Sahih Muslim, No: 40]. Berdasarkan hadith ini, ia merupakan satu tuntutan ke atas kita semua untuk memperbanyakkan berselawat kepada kekasih junjungan, Rasulullah SAW.

    2. Mencintai Rasulullah melebihi diri sendiri dah ahli keluarganya. “Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya”, (Riwayat Bukhari, No: 15).

    3. Membaca dan menghayati kisah-kisah sirah perjalanan serta pengorbanan Rasulullah SAW menegakkan agama Islam. Dengan benar-benar menghayati, pasti kita sebagai umatnya akan lebih mencintai malah mungkin akan menangisi setiap fasa perjalanan kehidupan Rasulullah SAW yang sangat mulia yang merupakan sebaik-baik sifat serta kejadian manusia.

    4. Berusaha mengikuti sunnah-sunnah Baginda SAW dalam kehidupan seharian kita. Berusaha untuk bercakap, berjalan, diam, makan, minum dan sebagainya persis seperti yang telah dilakukan Rasulullah SAW agar kita mendapat berkat kerana mengikuti sosok mulia kekasih Allah SWT dan juga mendapat pahala disisiNya.

    5. Tidak berdusta atas nama Rasulullah SAW. Ini penting! “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempatnya di dalam neraka”, Riwayat al-Bukhari, 110.

    Menjadi kewajipan atas setiap Muslim untuk tidak mengatakan sesuatu yang Nabi SAW tidak perkatakan. Jika kita menyebarkan hadith-hadith yang palsu yang sememangnya kita sudah mengetahui hadith itu palsu, serta tidak menjelaskan hal tersebut, maka kita termasuk dalam ancaman hadith ini.

    Tuntasnya, buktikanlah kita mencintai Nabi SAW dengan pelbagai cara yang telah dinyatakan penulis di atas. Jadikanlah Maulidur Rasul ini sebagai titik tolak kita untuk lebih mencintai Baginda SAW sepanjang hayat kita semua. Cintailah Rasulullah SAW dengan sentiasa berpegang teguh pada sunnah dan risalah kebenaran yang ditinggalkan Baginda SAW. Semoga kita tergolong dalam golongan yang menjaga agama daripada sebarang penyelewengan tangan-tangan dan lidah-lidah yang jahat yang mendustakan agama.  

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    Rasulullah SAW, Insan Paling Dermawan
    September 29, 2023

    Next post

    MUSABAQAH PERDANA MAULIDUR RASUL 2023
    September 29, 2023

    You may also like

    Muhammad Insan Pemaaf
    MUHAMMAD: INSAN PEMAAF TIADA TANDINGAN
    4 October, 2023
    2
    SAYANG ISLAM, SAYANG NABI
    2 October, 2023
    WhatsApp Image 2023-09-21 at 11.42.09
    MUSABAQAH PERDANA MAULIDUR RASUL 2023
    29 September, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.