ADAB MENUNTUT ILMU 📖
- Posted by pengurus
- Categories Blog, UstazUstazah.Com
- Date February 24, 2022
Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang Islam termasuklah masalah adab. Seorang penuntut ilmu hendaklah menghiasi dirinya dengan adab dan akhlak yang mulia. Ilmu yang telah diperolehi perlu diamalkan dengan menerapkan akhlak mulia, baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.
–
Menuntut ilmu bukan semata-mata untuk menjadikan diri lebih bijak, malah banyak lagi perkara lain yang perlu diberi perhatian, salah satunya ialah adab dalam belajar. Ada 8 adab dalam belajar iaitu:
–
1. Niat ikhlas dalam belajar
2. Rajin-rajinlah berdoa kepada Allah Ta’ala, memohon ilmu yang bermanfaat
3. Bersungguh-sungguh dalam belajar dan sentiasa dahagakan ilmu
4. Menjauhi dosa dan maksiat dengan bertakwa kepada Allah Ta’ala
5. Tidak boleh sombong dan tidak malu dalam belajar
6. Mendengar dengan teliti pengajaran yang disampaikan oleh ustadz, syeikh atau guru
7. Berdiam diri semasa pelajaran disampaikan
8. Berusaha memahami ilmu syar’i yang disampaikan dengan memperhatikan penerangan guru dan bacaan pelajar yang berpengalaman.
–
Sahabat, itulah adab menuntut ilmu. Semoga kita semua sentiasa diberi kemudahan dalam menuntut ilmu dan dapat mengamalkannya baik untuk diri sendiri mahupun orang lain 🥰❤
#Adab #TuntutIlmu #JomShare #UstazUstazahCom