CHECKLIST ke Masjid 🕌
- Posted by pengurus
- Categories Checklist, masjid, UstazUstazah.Com
- Date February 16, 2022
Umat Islam digalakkan untuk melakukan perkara-perkara sunat sebelum pergi ke masjid lebih-lebih lagi ketika menunaikan sembahyang Fardu Jumaat. CHECKLIST ke Masjid. Antara perkara sunat itu ialah:

Selain amalan sunat, memotong kuku juga dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.

Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.

Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita segala fitnah Dajal dan pelbagai lagi.

Sedekah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam kerana selain dapat menyucikan harta kita, harta yang diberi dapat membantu bagi mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan sesama manusia.

Memakai pakaian yang elok dan wangi sangat dituntut terutamanya ketika hendak menunaikan solat. Tambahan pula, pakaian elok akan memperlihatkan identiti dan peribadi sesorang Muslim.

Khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah SAW kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya.
Dapatkan Hari Ini! Exclusive dari Ustazustazah.com

Kit Ramadhan Terbaik
You may also like

MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA

SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
