CONTOHI SIFAT RASULULLAH SAW
Malam Cinta Ilmu bersempena Maulidul Rasul pada 26 Oktober 2022 (Rabu) yang disampaikan oleh Ustaz Uda Kasim dimulakan dengan bacaan syair tentang Baginda Muhammad SAW. Syair diatas berkisarkan tentang Baginda yang dimana, Baginda merupakan seorang manusia namun bukan seperti manusia biasa seperti kita semua. Baginda umpama batu permata diantara batu-batuan biasa. Syair ini menjelaskan betapa bernilainya Nabi Muhammad SAW. Seperti manusia biasa, Baginda juga makan nasi cuma beliau makan sedikit. Bukan seperti kita, sikit-sikit makan. Seperti kita juga, Baginda juga tidur. Cumanya tidurnya tidak lama. Subhanallah, betapa Allah menjaga dan memelihara peribadi Baginda Muhammad SAW.
Persoalannya, bagaimana kita ingin memupuk RASA CINTA terhadap Nabi Muhammad SAW?
Tidak kenal maka tidak cinta. YA, KITA WAJIB MENGENALI BAGINDA MUHAMMAD SAW supaya benar-benar lahir perasaan cinta itu dari hati, bukan sekadar di bibir sahaja. Perkongsian hadis berkenaan tanda kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW:
Selari dengan kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Uda tentang betapa tingginya cinta para sahabat kepada Baginda. Kisah tentang seorang panglima perang bernama Abi Ubaidah. Abi Ubaidah telah membuktikan kecintaan beliau kepada Baginda dengan berperang menentang ayahnya sendiri dalam perang Badar yang tergolong dalam golongan musyrikin.
SUBHANALLAH.
Adakah tahap kecintaan kita setinggi para sahabat seperti Abi Ubaidah? Tepuk dada, tanya iman.
Jika kita hidup pada zaman Nabi dahulu, barang siapa yang melihat wajah Baginda, pasti akan jatuh cinta. Bukti Allah SWT mencintai Nabi Muhammad SAW dinyatakan dalam surah Ad-Duha.
Pengertiannya surah Ad-Duha ayat 6 – 8 ;
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? (6)
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? (7)
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? (8)
Surah diatas menunjukkan bahawa Allah SWT sangat menjaga dan memelihara Baginda SAW. Walaupun selama 40 tahun Baginda dibesarkan dan hidup dalam masyarakat Jahiliyyah yang mengamalkan sembahan berhala, minum arak dan pelbagai sikap-sikap mazmumah yang lain TETAPI tidak sekalipun Baginda SAW melakukan perkara-perkara terkutuk tersebut. Allah SWT jauhkan Nabi Muhammad SAW dari mendekati perkara-perkara yang lalai.
Nabi Muhammad SAW manusia yang sempurna dari segi rupa, peribadi dan akhlaknya. Setiap satu daripada apa yang dilakukan oleh Baginda SAW adalah sunnah dan ada kebaikannya tersendiri. Jom contohi sifat Rasulullah!
CINTANYA NABI MUHAMMAD SAW KEPADA UMATNYA
Dikongsikan sirah Nabi Muhammad ketika wahyu Allah berkenaan surah Al-Kautsar diturunkan kepada Baginda. Diwahyukan bahawa di padang mahsyar nanti, umat Baginda akan diberikan air minuman dari telaga Kautsar yang warnanya lebih putih dari air susu. Rasulullah tersenyum mendapat perkhabaran tersebut. Umatnya diberi penghormatan oleh Allah sebegitu rupa. Betapa istimewanya umat Baginda. Namun, air telaga Kautsar bukan untuk golongan yang membelakangkan Baginda walaupun dia dari umat Nabi Muhammad. Pada ketika wahyu yang menceritakan berkenaan ini diturunkan, Baginda menangis. Memikirkan nasib umatnya yang tidak dapat meneguk air dari telaga tersebut. Allahu akbar. Betapa Baginda mencintai kita sebagai umatnya meski tidak pernah bersua muka.
SEDANGKAN KITA? APA BUKTI CINTA KITA PADA BAGINDA SAW?
Bukti kecintaan kita kepada Baginda apabila kita sanggup berkorban apa sahaja demi Rasulullah. Para sahabat sanggup berkorban nyawa demi Rasulullah. Perit dan besarnya pengorbanan nyawa demi Baginda, besar lagi pengorbanan jiwa seperti yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar demi Baginda SAW. Apabila Saidina Abu Bakar menaruh hati pada Hafsan Binti Umar tetapi direlakan dan dikorbankan perasaannya kerana apabila Baginda memaklumkan bahawa Baginda ingin meminang Hafsah. Meski Saidina Abu Bakar juga menyimpan hasrat ingin meminang Hafsah selepas sahaja Hafsah tamat tempoh I’dahnya tetapi dilepaskan niatnya demi kebahagiaan Rasulullah SAW. Betapa tingginya cinta Saidina Abu Bakar buat Baginda.
Pelajarilah sirah Nabawiyah. Belajarlah hadis Nabawi. Supaya kita akan menyebarkan sirah-sirah ini kepada generasi akan datang dan menjadi teladan sepanjang zaman. Apa bukti kita cinta kepada Baginda jika kita tidak kenal dan tahu akan peribadi dan latarbelakangnya. Renung-renungkanlah.