• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • MENANDATANGANI PERJANJIAN NADI AL-QURAN DI TELUK INTAN,PERAK (PART 1)

    MENANDATANGANI PERJANJIAN NADI AL-QURAN DI TELUK INTAN,PERAK (PART 1)

    • Posted by Shamil
    • Categories Aktiviti UUC, Blog
    • Date November 8, 2022

    Saya telah pergi ke Teluk Intan pada bulan Oktober yang lalu. Saya ditugaskan sebagai wakil daripada ustazustazah untuk memeterai perjanjian bersama penyelaras pusat Nadi Al-Quran (NAQ) seramai 2 orang di Teluk Intan, Perak. Perjanjian ini bertujuan sebagai simbol kerjasama dan persetujuan kedua-dua belah pihak dalam menjayakan kempen NAQ. Selain itu, ini adalah pengalaman pertama saya mengendalikan perkara-perkara seperti ini, alhamdulillah saya dibantu oleh seorang lagi staf yang menemani dan membantu kelancaran perjanjian serta memberi idea-idea bernas dalam pengisian bersama anak-anak NAQ. Lokasi NAQ di Teluk Intan adalah di Taman Jelawat dan Taman Sri Bahagia. Saya bertolak dari Pekan Kota jam 10.30 am dan menuju ke Bandar Saujana Putra untuk mengambil rakan saya iaitu encik Mahazir. Saya menggunakan lebuh raya PLUS kemudian mengambil laluan keluar di Nilai Utara untuk masuk ke lebuh raya ELITE. Encik Mahazir menunggu saya di surau An-Nur dan dia meninggalkan keretanya di situ. Kami pun bertolak dan mengambil masa dari 12 tengah hari hingga 2.30 petang untuk sampai ke Teluk Intan, Perak. Sepanjang perjalanan kami memang tidak berhenti di mana-mana Rehat dan Rawat (RnR). Kami tiba di pekan Teluk Intan dan mencari Menara Condong yang menjadi tarikan di Teluk Intan, Perak. Kami berpeluang bergambar di menara tersebut di samping cuaca yang redup yang membuatkan kami selesa. Kami menjamu selera di medan selera berdekatan dengan Menara Condong dan ketika itu pekan tersebut agak lenggang mungkin kerana hari bekerja. Selepas menikmati nasi ayam kami mahu kembali ke kereta kami dan terlihat gerai popia basah. Saya tidak melepaskan peluang memesan popia basah dan popia goreng. Sementara pak cik itu sedang membuat popia basah saya sempat berbual dengan dia dan bertanya sudah berapa lama dia berniaga di situ. Katanya, dia sudah mengambil alih perniagaan tersebut daripada bapanya 40 tahun yang lalu dan dia telah berniaga di situ selama 20 tahun. Saya begitu kagum dan tertarik dengan kisah yang dia ceritakan. Kami lalu bergegas ke hotel di samping untuk membuat persiapan untuk menerangkan klausa yang terdapat di dalam perjanjian kepada ustaz Arif di Taman Sri Bahagia. Pada petang itu di hotel, kami tidak sempat melepaskan lelah kerana terus fokus kepada persiapan dan membuat tentatif untuk kelancaran ketika proses menandatangani perjanjian tersebut.

    • Share:
    author avatar
    Shamil

    Previous post

    CONTOHI SIFAT RASULULLAH SAW
    November 8, 2022

    Next post

    PENGENALAN ILMU TAUHID
    November 8, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.