• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Wudhu

    • Home
    • Blog
    • Wudhu
    • Guna Air Banjir Untuk Berwuduk?

    Guna Air Banjir Untuk Berwuduk?

    • Posted by zaki
    • Categories Wudhu
    • Date May 29, 2023

    “Ustaz, setiap kali musim banjir, saya pasti akan tertanya-tanya bagaimana dengan status wuduk dan mandi wajib saya. Adakah sah jika saya hanya menggunakan air banjir?”

    BERWUDUK MENGGUNAKAN AIR BANJIR

    Berwuduk adalah perbuatan membasuh dan menyapu beberapa anggota badan dengan air mutlak secara tertib. Tujuannya adalah untuk membolehkan seseorang untuk menunaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya.  

    Dalam situasi banjir, hendaklah seseorang mencari dahulu air mutlak (air yang suci) untuk berwuduk dan jika tidak ketemui, maka DIBOLEHKAN baginya menggunakan air banjir untuk berwuduk dan bersuci. Ini berdasakan kenyataan yang disebut oleh Dr. Muhammad al-Zuhaili di dalam Al-Mu’tamad fi Fiqh al Syafie iaitu:

    “Sekiranya air berubah pada warna, bau, dan rasanya sama ada disebabkan oleh lamanya menetap, disebabkan debu tanah, lumut, tanah kibrit (sulfur), dan kesemua yang susah untuk dipelihara darinya, maka ia kekal suci lagi menyucikan. Adapun jika air tersebut telah digunakan untuk berwuduk, mandi, serta menghilangkan najis maka ia tidak lagi berada dalam keadaan suci lagi menyucikan”.

    Jika seseorang itu meyakini bahawa air banjirnya telah bercampur dengan banyaknya najis, maka tidak boleh digunakan untuk berwuduk. Adapun jika ia hanya sangkaan ataupun keraguan, ia tidak menggugat kesucian air banjir untuk berwuduk. Ini berdasarkan kaedah

    اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

    Maksudnya: “Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).”

    Hukum ini juga digunapakai untuk bersuci dari HADAS BESAR/ MANDI WAJIB bagi seseorang yang ketiadaan air mutlak dan ingin menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci. 

    BERTAYAMMUM KETIKA KETIADAAN AIR BERSIH ATAU TIDAK DIYAKINI KEBERSIHAN AIR BANJIR

    Sekiranya sesuatu tempat terputus bekalan air bersih atau air hanya cukup untuk keperluan minum sahaja atau tidak meyakini kesucian air banjir, maka DIBOLEHKAN bagi seseorang itu untuk bertayamum sebagai alat ganti bagi bersuci dari hadas kecil mahupun besar.

    Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang digariskan iaitu : 

    الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ

    Maksudnya :Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan

    Tayamum juga DIBOLEHKAN bagi mangsa banjir yang sakit dan tidak boleh menggunakan air. Ini merupakan satu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya seperti di dalam firman Allah SWT : 

     يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ

    Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

    (Surah al-Baqarah: 185)

    Sekiranya sukar bagi mangsa banjir untuk mendapatkan debu tanah yang suci, maka diharuskan untuk menepuk debu tanah yang terdapat di dinding, cermin, meja atau mana-mana tempat yang dirasakan ada debu untuk bertayammum. 

    Cara-cara bertayammum:

    1) Menepuk kedua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.

    2) Berniat ketika memindahkan debu tanah sehingga menyentuh muka. 

    Lafaz niat bertayammum adalah seperti berikut::

    نَوَيْتُ التَّيَمُّمَ لِاسْتِبَاحَةِ الصَّلَاةِ للهِ تَعَالَى

    Maksudnya: Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah

    Ta’ala .

    3) Menyapu keseluruhan muka.

    4) Menepuk kedua tapak tangan pada debu tanah untuk kali kedua bagi menyapu tangan .(Sebelum menepuk kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu dari debu tanah yang telah digunakan).

    5) Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jaritangan kiri

    dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.

    6) Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.

    7) Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan

    (selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.

    8) Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.

    9) Tertib. 

    Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota tayammum. 

    Bagi yang memakai cincin, jam tangan atau apa-apa sahaja di bahagian tangan perlulah menanggalkannya terlebih dahulu agar debu tidak terhalang dan sampai ke kulit. 

    KESIMPULAN

    DIBOLEHKAN bagi seseorang untuk menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci dari hadas kecil mahupun besar sekiranya ketiadaan air mutlak atau air yang ada hanya cukup untuk keperluan tertentu. Jika seseorang tidak meyakini kesucian air banjir, maka DIBOLEHKAN baginya untuk bertayammum dengan menggunakan debu tanah yang suci. 

    Wallahua’lam

    Tag:Fiqh, tanyalahustaz, ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    zaki

    Previous post

    PROGRAM TEENS TALK- NADI AL-QURAN
    May 29, 2023

    Next post

    Permulaan Kemunculan Orang Munafik.
    May 29, 2023

    You may also like

    imani-597657-unsplash_960x
    BETUL KE ADA PEMBAZIRAN DALAM WUDUK ?
    31 July, 2023
    2c4989a38c78d78d1e768795b609e0df
    MUDAHNYA CARA ALLAH GUGURKAN DOSA KITA
    2 May, 2023
    275381529_333408788806053_1164326034990120661_n
    FADHILAT ORANG YANG BERWUDHU
    8 March, 2022

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.