• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    Home » Blog » PROGRAM TEENS TALK- NADI AL-QURAN

    PROGRAM TEENS TALK- NADI AL-QURAN

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, Menuntut Ilmu, Ramadhan, UstazUstazah.Com
    • Date May 26, 2023

    PROGRAM ini telah berlangsung sempena Ramadan 1444h iaitu pada 15 April 2023 bersamaan hari Sabtu. Program ini antara program pembangunan anak-anak Nadi Al-Quran di Kg Sri Melenggang, Kota, Astana Raja bagi memberi pendedahan ilmiah dan pengetahuan am yang lebih menyeluruh kepada anak-anak. Pendaftaran program ini dibuka kepada anak-anak Nadi Al-Quran khususnya dan semua pelajar di sekitar lokaliti.

    Program ini merupakan inisiatif yang dijalankan bagi memberi pendedahan berkenaan batasan pergaulan dengan orang sekeliling, pendidikan seksual dan juga penjagaan kebersihan diri sendiri. Sasaran program ini adalah bagi anak-anak yang sedang menginjak ke alam remaja. Objektif program yang digariskan adalah untuk membantu anak-anak mengenal anggota badan yang perlu dijaga, memberi kesedaran awal mengenai batasan pergaulan dengan orang sekeliling juga kesedaran tentang sentuhan selamat dan tidak selamat. Program ini juga diadakan untuk meningkatkan kesedaran dalam penjagaan kebersihan diri, keluarga dan kawasan sekitar disamping memberi pendidikan berkenaan kesihatan remaja, fizikal, mental dan seksual. Bagi menjadi tarikan dan penggalak kepada anak-anak yang hadir, setiap seorang daripada mereka telah mendapat ‘gift’ iaitu set ringkas kebersihan diri yang terdiri berus gigi, ubat gigi dan ketip kuku.

    Sekitar program Teens Talk (Self-Care) berlangsung.

    Penceramah jemputan ialah seorang doktor daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Dr Marlindawati Mohd Ali yang merupakan seorang Pakar Patologi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan. Program ini diadakan di Surau Kg Sri Melenggang, Rembau. Hampir 50 orang anak-anak yang merupakan masyarakat setempat dan juga sekitar Rembau. Program separuh hari ini sedikit sebanyak dapat memberi banyak input buat anak-anak supaya lebih berhati-hati dalam pergaulan terutamanya bagi yang telah akil baligh.

    Dalam kita beribadah kepada Allah dalam bulan Ramadan ini, program ini juga satu inisiatif dalam memberi peluang pengetahuan kepada anak-anak ini dan menjadi anak-anak yang lebih peka tentang isu keselamatan diri dan juga keluarga.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    DOA ASHABUL KAHFI
    May 26, 2023

    Next post

    Guna Air Banjir Untuk Berwuduk?
    May 29, 2023

    You may also like

    WhatsApp Image 2023-06-08 at 09.05.19 (1)
    SEHARI DI PETROSAINS & PBAKL’23
    8 June, 2023
    istanbul-915076_1280
    Pluralisme Atau Pluraliti dalam Agama?
    7 June, 2023
    MASYA-ALLAH, BESARNYA FADHILAT ZULHIJJAH 2
    MASYA-ALLAH, BESARNYA FADHILAT ZULHIJJAH!
    7 June, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Menuntut Ilmu
    • Perkahwinan
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Sumbangan
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat
    Fajar Hidayah

    Fajar Hidayah

    Free
    Mudahnya Bahasa Arab

    Mudahnya Bahasa Arab

    Free
    Bahasa Arab Fast Track

    Bahasa Arab Fast Track

    Free

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.