• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Iman

    Home » Blog » INTERPRESTASI KERAHSIAAN KHITBAH

    INTERPRESTASI KERAHSIAAN KHITBAH

    • Posted by amira
    • Categories Iman, Menuntut Ilmu, Perkahwinan, Tips Keluarga, UstazUstazah.Com
    • Date December 27, 2022

    Peminangan ialah pernyataan atau permintaan dari seorang lelaki kepada pihak perempuan untuk mengahwininya baik dilakukan olehnya sendiri ataupun dengan perantaraan pihak-pihak tertentu yang dipercayai ataupun keluarganya sesuai dengan kehendak Islam. Peminangan juga boleh dieertikan sebagai khibah iaitu proses calon pasangan itu mengunjungi kediaman bakal pasangannya untuk mengajaknya berumahtangga. Terdapat beberapa perkara yang amat diambil berat oleh syarak dalam soal pinang meminang iaitu peminangan tidak boleh dilakukan kepada wanita yang dipinang oleh seseorang melainkan ianya telah melepaskan hak peminangannya.

    Orang muslim adalah saudara orang mukmin, maka tidak halal bagi seorang mukmin meminang seorang perempuan yang sudah dipinang oleh saudaranya hingga nyata sudah ditinggalkan. Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Maka sesungguhnya orang yang ketiga bersama dengannya ialah syaitan kecuali bersama mahram. Haram pula seorang lelaki meminang dengan cara terus terang seorang perempuan yang di dalam iddah sama ada raj’i atau bain atau ‘iddah wafat. Dan haram meminang secara sindiran perempuan yang di dalam iddah raj’i, dan dibolehkan meminang secara sindiran perempuan yang di dalam ‘iddah wafat tanpa khilaf dan diharuskan juga meminang perempuan yang dalam ‘iddah bain sama ada disebabkan perceraian atau fasakh menurut pendapat yang terkuat dari pendapat Imam Syafie.

    Contoh ayat soreh adalah seperti apabila telah habis ‘iddahmu, aku akan berkahwin dengan kamu. Contoh lafaz kinayah pula adalah seperti kamu ini cantik, banyak lelaki inginkan kamu”. Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Lihatlah dia (bakal tunangan) dengan ini akan lebih menguatkan (mengeratkan) perhubungan kamu berdua”. Walaupun Islam mengharuskan melihat perempuan ajnabi dengan tujuan meminang tetapi janganlah ia mengambil peluang untuk memuaskan perasaan dan hawa nafsunya. Malahan menjadi haram semula sekiranya hajat melihatnya itu sudah mencukupi atau langkah peminangan.

    Cara amalan meminang dilaksanakan adalah seperti memulai majlis meminang dengan bertahmid. Amalan meminang ini juga boleh dilakukan secara sendiri atau melalui orang lain, jika ada waris keluarga lebih baik supaya mereka yang bertandang untuk proses peminangan itu. Pemberian sebagai adat tanda jadi ikatan pertunangan boleh diterima asal tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Pihak yang dipinang bersetuju menerima pinangan di antara kedua belah pihak dengan janji tertentu dan tidak memakan masa yang lama. Peminangan ini juga memerlukan wakil yang adil untuk menyampaikan hajat pinang mengikut adat kelaziman negara itu sama ada melalui soreh atau kinayah. Peminangan tersebut juga memerlukan persetujuan yang disaksikan atau ditulis.

    Hikmah bertunang adalah untuk membuka jalan perkenalan antara pasangan bertunang, mengenali hati budi masing-masing, menyuburkan rasa cinta kerana perkahwinan hendaklah diasaskan kepada cinta antara satu sama lain, dan memastikan jiwa dan emosi pasangan yang bertunang stabil, kerana bebas dari gangguan lelaki atau perempuan yg lain. Namun, ikatan pertunangan ini bukanlah bermakna ia suatu tiket membenarkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyegerakan akad perkahwinan jika didapati ikatan pertunangan itu telah menyebabkan hubungan bebas antara pasangan yang bertunang.

    • Share:
    author avatar
    amira

    Previous post

    PROGRAM RIADAH SUNNAH: MEMANAH
    December 27, 2022

    Next post

    GHIBAH: JAGALAH LIDAH KITA
    December 27, 2022

    You may also like

    eb526765001ec2d074bcd5f651ff1f70
    ENAM TIP DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA TANPA PAKSAAN.
    28 March, 2023
    LIAN
    PENSABITAN TUDUHAN ZINA DALAM RUMAHTANGGA
    27 March, 2023
    Ucapan Salam Ramadan 2023
    AMALAN SUNAT DALAM BULAN RAMADAN
    26 March, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Menuntut Ilmu
    • Perkahwinan
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Sumbangan
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat
    Fajar Hidayah

    Fajar Hidayah

    Free
    Mudahnya Bahasa Arab

    Mudahnya Bahasa Arab

    Free
    Bahasa Arab Fast Track

    Bahasa Arab Fast Track

    Free

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.