• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • JANJI SEORANG MUKMIN

    JANJI SEORANG MUKMIN

    • Posted by Ammar
    • Categories Blog, Iman, Solat, Sujud
    • Date September 28, 2022

    Terdirinya Islam itu atas lima perkara berdasarkan hadis sahih dari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam riwayat muttafaqun alaih. Mengucap dua kalimah Syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah serta berpuasa di bulan Ramadan.

    Solat merupakan syariat yang diterima oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini menatijahkan kepada kefardhuan solat bagi umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Dalam peristiwa tersebut Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berulang kali bertemu Allah SWT untuk minta dikurangkan kadar waktu solat. Akhirnya, daripada 50 rakaat yang diafardhukan menjadi 5 rakaat sahaja sehari semalam.

     Solat menjadi pembeza antara mereka yang beriman dengan mereka yang kufur berdasarkan hadis yang diriwayatkan Imam Muslim dalam Sahih Muslim melalui riwayat Abu Al-Zubair, daripada Jabir selain riwayat yang terdapat dalam Sunan Tirmizi juga dengan sanad yang sahih. Maka berdasarkan kepada hadis ini, berlaku perbezaan pandangan dalam kalangan ulama’ dalam hukum bagi mereka yang meninggalkan secara sengaja. Sebahagian ulama’ keras mengatakan jatuh kufur bagi mereka yang meninggalkan solat secara sengaja sama ada sehingga habis satu waktu atau berterusan meninggalkan solat dan inilah pandangan majoriti salaf seperti yang dinukilkan oleh Ayyub As-Sakhtiani dan para tabi’in. Manakalah sebahagian menyatakan hanya berdosa besar tetapi tidak kufur jika dia tidak mengingkari kefardhuan solat. Maka disini disimpulkan bahawa, solat adalah perkara yang sangat berat timbangannya dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim sehinggakan sebahagian ulama’ sangat syadid dalam isu berkaitan solat.

    Allah SWT janjikan kepada mereka yang mendirikan solat serta menjaganya dengan baik akan kejayaan di dunia dan akhirat. Hal ini disebutkan dalam surah Al-Mu’minun ayat 1-2 yang bermaksud “Sesungguhnya telah beruntung(berjaya) orang yang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam solat”. Solat yang difardukan terdiri daripada 5 waktu iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan Isyak. Berbahagialah orang yang menjaganya kerana dengan mengerjakan solat, manusia telah menunaikan janji mereka kepada Allah SWT.

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    FAHAMI AGAMA LAIN KUNCI TOLERANSI BERSAMA
    September 28, 2022

    Next post

    Emas vs Wang fiat
    September 29, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.