• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • KAEDAH MEMBACA PERMULAAN SURAH AL-TAUBAH

    KAEDAH MEMBACA PERMULAAN SURAH AL-TAUBAH

    • Posted by izzah
    • Categories alquran, Blog, Iman
    • Date May 4, 2023

    Merujuk kepada pandangan Imam al-Nawawi, pembaca al-Quran dituntut membaca basmalah(bismillah) pada setiap permulaan surah melainkan pada surah al-Taubah kerana untuk menjaga kemuliaan lafaz tersebut.

    Namun begitu, masih terdapat beberapa panduan dan cara-cara bagi para pembaca untuk membaca serta memulakan bacaan pada surah berkenaan. Antara kaedah yang telah ditetapkan untuk memulakan bacaan di awal surah ini ialah:

    Pertama: Memulakan Bacaan Dengan Lafaz Istiazah.

    Isti‘azah atau al-ta‘awuz yang dikenali dengan lafaz (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) pada awal surah al-Taubah terdapat dua kaedah. Sheikh ‘Atiyyah menerangkan dua cara ini dalam karyanya:

    أما إذا كان القارئ مبتدئًا بأول سورة ‌براءة، فله فيها وجهان:

     1- الوقف على الاستعاذة وفصلها عن أول السورة بدون بسملة.

     2- وصل الاستعاذة بأول السورة بدون بسملة أيضًا

    Maksudnya: “Adapun jika pembaca itu memulakan surah baraah (surah al-Tubah), maka untuk membaca surah itu dua wajah:

     1) Wakaf pada lafaz istiazah dan membaca awal surah tersebut tanpa basmalah. 

    2) Sambung bacaan isti’azah dengan permulaan surah tanpa menyebut basmalah”. 

    (Rujuk Ghayat al-Murid fi ‘Ilm al-Tajwid)

    Kedua: Membaca Akhir Surah al-Anfal dengan Awal Surah al-Taubah

    Sheikh Mahmud Sibawaih menjelaskan tentang cara membaca akhir surah al-anfal dengan surah al-taubah boleh dibaca dengan tiga wajah iaitu secara qat’i (الوقف), saktah (السكت) dan membaca secara wasal (الوصل) tanpa membaca basmalah. Menurut sheikh ‘Atiyyah lagi berkenaan wajah ini:

    1. Wajah qat’i (القطع)

    Cara bacaan mengikut wajah ini ialah dengan wakaf pada akhir surah al-anfal kemudian membaca permulaan surah al-Taubah.[4]

    1. Wajah saktah (السكت)

    Definisi saktah (السكت) ialah diam atau menghentikan seketika bacaan dalam al-Quran  tanpa menarik nafas kemudian menyambung bacaannya dengan nafas yang sama.[5] Dengan kata lain, para pembaca perlu berhenti seketika dengan kadar saktah kemudian menyambung bacaan pada surah al-taubah dengan nafas yang sama.

    1. Wajah Wasal (الوصل)

    Bacaan dengan wajah wasal pula ialah menyambung terus bacaan ayat akhir di surah al-Anfal dengan permulaan ayat surah al-Taubah tanpa disertai dengan lafaz basmalah.[6]

    Kaedah untuk memulakan bacaan surah al-Taubah boleh dibaca dengan dua kaedah iaitu melalui bacaan lafaz isti‘azah pada permulaan surah atau melalui kaedah bacaan akhir surah al-Anfal. Bagi yang memulakan bacaan dengan lafaz isti‘azah boleh menggunakan dua cara iaitu dengan wakaf(berhenti) atau wasal(sambung) antara isti‘azah dengan awal ayat surah tersebut. Manakala bagi yang menggunakan kaedah akhir surah al-Anfal boleh menggunakan wajah bacaan secara wakaf, saktah (berhenti seketika tanpa menarik nafas) dan wasal.

    Tag:jomshare, sedekah, ustazustazahcom

    • Share:
    author avatar
    izzah

    Previous post

    PERCERAIAN DAN IMPLIKASI TERHADAP ANAK-ANAK
    May 4, 2023

    Next post

    REZEKI TAK SALAH ALAMAT
    May 5, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.