• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Iman

    • Home
    • Blog
    • Iman
    • KAITAN TAKWA DAN PUASA 6 SYAWAL

    KAITAN TAKWA DAN PUASA 6 SYAWAL

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Iman
    • Date May 23, 2023

    TIBANYA bulan Syawal, pasti umat Islam akan tersenyum kegembiraan meraikan kemenangan setelah sebulan mengerjakan ibadah puasa wajib di bulan Ramadan. Namun, ianya bukan bererti pengakhiran kesungguhan kita untuk beribadah kerana salah-satu ibadah yang amat dituntut adalah mengerjakan ibadah puasa 6 di bulan Syawal.

    Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barangsiapa yang berpuasa pada Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari ketika Syawal, ia bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun”, Riwayat Muslim, 1164.

    Tujuan terpenting ibadah puasa yang dilaksanakan adalah untuk mencapai ketakwaan sebagai hambaNya di sisi Allah SWT. Apakah yang dimaksudkan dengan Takwa? Takwa bermaksud takut kepada Allah SWT, dan beramal dengan kitab yang diturunkan. Dan di antara cara untuk mendapatkan sifat takwa ialah dengan konsisten memperbaiki ibadah seperti solat, puasa, tadabbur al-Quran, serta mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

    Hal ini demikian kerana, ibadah puasa sunat yang merupakan hasil madrasah Takwa akan mendidik kita melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT tanpa perlu diumumkan dan diuar-uarkan kepada orang lain. Justeru, kerana inilah ganjaran bagi orang yang berpuasa terutamanya puasa enam Syawal ditentukan secara khusus pahalanya oleh Allah SWT kerana mereka yang mempunyai keimanan yang kental saja mampu melaksanakannya, sebaliknya amat sukar bagi mereka yang goyah dan mudah mengikut hawa nafsu.

    Rasulullah SAW bersabda: “Setiap amalan anak Adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Akulah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya”, Muslim, 1952.

    Selain itu, kaitan antara takwa dan puasa enam di bulan Syawal adalah kesungguhan untuk meneruskan momentum ibadah Ramadan yang mana kita telah melaksanakan ibadah puasa selama 30 hari berturut-turut. Hal ini demikian kerana kebanyakan daripada kita, amatlah bersemangat untuk melakukan amal ibadah ketika bulan Ramadan, namun sedikit sukar untuk mengekalkan momentum kesungguhan tersebut apabila seusainya sudah habis madrasah tarbiah Ramadan. Maka, untuk membantu mengekalkan momentum tersebut, puasa 6 di bulan Syawal dapat melatih jiwa untuk tetap berterusan dalam mengerjakan amalan sunat.

    Akhir kata, jom kita sentiasa mencuba untuk berpuasa pada hari-hari yang disunatkan Syariat sekaligus berusaha menjadi hambaNya yang bertakwa. Semoga dengan ibadah puasa yang dilaksanakan dapat menjadi penguat diri untuk menjadi seorang Muslim yang mempunyai sifat Muraqabah yakni meyakini dengan sepenuh hati Allah SWT pasti melihat dan mengawasi segala gerak- geri kita dalam setiap segenap aspek kehidupan yang dijalankan.

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    Ustaz Apa Hukum Memakai Braces dan Veneer?
    May 23, 2023

    Next post

    SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN AZAN
    May 26, 2023

    You may also like

    Gambar Artikel Terakhir
    Marah Adalah Salah Satu Panahan Syaitan.
    11 September, 2023
    images (5)
    UMRAH SEBUAH PERJALANAN MANIFESTASI IMAN
    4 September, 2023
    images-4
    SUDUT PANDANG HADITH TENTANG AMALAN MANDI SAFAR
    21 August, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.