• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • KEMPEN JEJAK PRIHATIN DI SEREMBAN

    KEMPEN JEJAK PRIHATIN DI SEREMBAN

    • Posted by Shamil
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, Sedekah, UstazUstazah.Com
    • Date October 17, 2022
    Shamil memasukkan kotak sumbangan ke dalam bonet kereta penerima

    Saya mengemaskini data dan perbelanjaan yang telah digunakan untuk kempen Jejak Prihatin sebelum ini di Rembau,N.Sembilan. Senarai nama yang telah diserahkan oleh wakil penduduk melalui whatapp ataupun email akan saya isi semula ke dalam pangkalan data Ustazustazah dot com. Saya juga perlu membuat laporan untuk kempen tersebut dan menyimpannya di dalam satu fail khas. Maka, setiap kali selepas kempen kumpulan Ustazustazah dot com (UUC) yang terlibat akan bermesyuarat untuk memberi maklum balas,pendapat dan penambahbaikan supaya kempen yang seterusnya dapat berjalan dengan lebih lancar. Saya telah pun dimaklumkan oleh ustaz Hafiz mengenai kempen yang akan berlangsung pada minggu tersebut. Saya juga telah meminta sebut harga daripada pihak pasaraya mengenai barang yang hendak dibeli. Barang tersebut dihantar oleh pemandu lori yang dipanggil ‘Berg’ ke tempat penyimpanan barang. Rakan-rakan saya turut membantu proses memindahkan barang dari lori dan menyusunnya ke tempat penyimpanan. Seperti biasa saya akan mencetak pelekat khas kempen Jejak Prihatin. Mencetak pelekat itu pada sangkaan saya mudah tetapi sebaliknya. Mesin pencetak itu tidak boleh mencetak pelekat dalam jumlah yang banyak pada satu masa tertentu. Maka, terpaksalah saya mencetak sehelai demi sehelai kerana mesin tersebut akan tersangkut proses mencetaknya dan kertas pelekat itu akan renyuk. Alhamdulillah, saya dapat mencetak kertas pelekat itu dengan jayanya dan dapat menampal pelekat itu ke kotak yang di dalamnya terdapat barang dapur. Pada hari kejadian, saya dan ‘staff” yang lain membantu proses memindahkan barang dari tempat simpanan ke atas lori. Sebanyak 39 orang akan menerima bantuan barang dapur dan sedikit wang tunai untuk meringankan beban ketika perintah berkurung akibat covid-19. Kali ini kempen dijalankan di Seremban hasil kerjasama dengan seorang pensyarah di sana. Istimewanya kali ini, kaedah agihan adalah secara pandu lalu sama konsepnya seperti di restoran makanan segera. Para penerima tidak perlu keluar ataupun turun daripada kenderaan supaya masa dapat dijimatkan serta mudah. Kumpulan UUC sendiri akan memasukkan kotak bantuan serta beras 10 kg ke dalam kenderaan penerima. Sebelum bertolak, saya dan pemandu lori yang mesra dipanggil Apak telah memasang sepanduk di daun pintu lori. Tambahan pula, saya menumpang lori dan setibanya di sana, kami meletakkan kenderaan di bahu jalan. Para penerima telah pun bersedia dan beratur panjang dengan berada di dalam kenderaan masing-masing. Ada penerima yang menaiki kereta dan motosikal. Saya pun membuka daun pintu lori supaya barang-barang bantuan dapat diagihkan kepada para penerima. Ketika itu kumpulan UUC seramai 3 orang telah bertungkus-lumus meletakkan barang bantuan ke dalam kereta atau motosikal serta dapat bergambar dengan para penerima. Selain itu, gambar yang diambil akan dimuat naik ke dalam media sosial UUC seperti Facebook dan laman web. Tambahan pula, pihak UUC telah menyediakan plakad yang tertera “Terima Kasih Penyumbang”. Sepanjang agihan berlangsung, rata-ratanya penerima bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kami kerana barang dapur yang diberikan dapat menampung hidup mereka dalam seminggu ke dua minggu. Manakala bantuan wang tunai yang diberikan dapat membayar kos utiliti seperti bil api dan bil air. Penerima yang datang menerima barang bantuan menaiki motosikal terpaksa datang dua kali kerana bakul motosikal mereka tidak muat untuk meletakkan kotak barang bantuan beserta beras 10 kg. Pihak penyelaras juga bermurah hati dengan memberikan roti dan air mineral kepada penerima. Pada kali ini agak berbeza daripada segi cara agihan dan waktu agihan kerana sebelum ini barang bantuan diagihkan secara rumah ke rumah dan dibuat pada waktu pagi. Kali ini agihan adalah secara pandu lalu dan dijalankan pada waktu petang. Dari jam 3.30 petang hinggalah waktu hampir ke pukul 5.30 petang, kumpulan UUC meminta untuk mengundurkan diri kerana sudah tiada penerima yang hadir, jika diikutkan masih ada lagi 6 kotak bantuan yang berbaki. Maka, kami mengamanahkan barang bantuan tersebut kepada pihak penyelaras untuk menyerahkannya kepada penerima. Selepas bergambar bersama penyelaras di sepanduk Jejak Prihatin, kami pun mengucapkan terima kasih kepada penyelaras dan bertolak balik.

    • Share:
    author avatar
    Shamil

    Previous post

    MISI JEJAK PRIHATIN DI REMBAU, N.SEMBILAN
    October 17, 2022

    Next post

    JAULAH NADI AL-QURAN KE ZOO NEGARA!
    October 17, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.