• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • MISI JEJAK PRIHATIN DI REMBAU, N.SEMBILAN

    MISI JEJAK PRIHATIN DI REMBAU, N.SEMBILAN

    • Posted by Shamil
    • Categories Aktiviti UUC, Blog
    • Date October 14, 2022

    Program yang pertama dikelolakan oleh Ustazustazah dot com adalah Jejak Prihatin di mana program ini bermula pada Jun 2021. Matlamat program ini adalah untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik covid 19. Contohnya, mereka yang hilang punca pencarian ditambah dengan tanggungjawab menyara keluarga tercinta. Program ini hasil kolaborasi di antara Ustazustazah dot com dan wakil penduduk contohnya ketua kampung dan pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan tersebut. Selain itu, bantuan yang bakal dihulurkan adalah barang dapur,beras 10 kg dan wang tunai RM100. Barang-barang tersebut dibeli secara pukal di pasaraya berdekatan dan dibungkus oleh mereka. Maka, sebelum program in berlangsung pihak Ustazustazah perlulah menempah lori sebagai pengangkutan utama untuk mengisi barang bantuan. 2 hari sebelum bermulanya program, barang bantuan yang dibungkus di dalam kotak telah pun sampai di tempat simpanan ataupun stor milik Ustazustazah dot com. Selepas kotak disusun dan jumlah telah disemak, saya perlu menampal sticker bersaiz A4 ke bahagian badan kotak tersebut. Seperti yang telah dipersetujui dengan wakil penduduk, program ini akan bermula pada waktu pagi jam 9.30 am. Di samping itu, kampung yang terlibat adalah Rumah Rakyat Sungai Layang, Kampung Batu dan Kampung Selemak. Maka, pada hari program tersebut sekitar jam 8.30 am saya telah dibantu ‘staff” yang lain untuk mengalihkan kotak bantuan ke atas lori. Sebelum bertolak, kami membaca doa perjalanan dan barulah bertolak ke Rumah Rakyat Sungai Layang. Setibanya di sana, kami bertemu dengan wakil penduduk iaitu Puan Mawar. Puan Mawar pun menunjukkan rumah penduduk yang terkesan akibat pandemik. Cara agihan barang bantuan adalah secara rumah ke rumah. Setiap kali memberikan barang bantuan saya ataupun ustaz Hafiz akan bergambar bersama penerima yang sudi memegang plakad yang tertera perkataan “terima kasih para penyumbang”. Ketika memberikan bantuan saya berpeluang menyapa seorang penduduk di situ. Penduduk tersebut mengucapkan terima kasih dan jelas terpancar dari wajahnya kesusahan yang ditanggung. Saya mendoakan agar penduduk tersebut dipermudahkan urusan dan dijauhkan daripada wabak covid 19. Selesai mengedarkan bantuan di tempat berkenaan kami ke Kampung Sungai Layang yang bersebelahan dengan Rumah Rakyat. Mujurlah wakil penduduk menyediakan 3 orang sukarelawan untuk mengagihkan kotak bantuan tersebut. Di dalam kampung tersebut saya berpeluang menyaksikan sendiri terdapat rumah penduduk yang sangat usang,berlubang dan atap bocor. Saya turut difahamkan bahawa rumah tersebut adalah rumah sewa. Terdapat juga rumah yang terlihat seperti sebuah stor yang kecil dan hanya boleh diduduki oleh seorang sahaja. Di situlah saya belajar bahawa memang ada orang yang lebih susah di sekitar kita tetapi kita sendiri tak sedari. Ketika mahu keluar dari kampung tersebut menuju ke Kampung Selemak, saya dapat melihat sendiri pemandangan Gunung Datuk yang menghijau serta menyejukkan mata. Kami berpeluang berjumpa dengan seorang penduduk di Kampung Selemak yang bermurah hati memberi kami merasai durian kampung miliknya. Selesai agihan di Kampung Selemak dan Kampung Batu, kami pun mengucapkan terima kasih kepada wakil penduduk dan sukaelawannya. Kami juga sempat bergambar sebagai kenang-kenangan.

    • Share:
    author avatar
    Shamil

    Previous post

    KERANA RIYAK
    October 14, 2022

    Next post

    KEMPEN JEJAK PRIHATIN DI SEREMBAN
    October 17, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    images (4)
    3 TIPS UNTUK PERUBAHAN HIDUP
    6 November, 2023
    download (16)
    PENJAJAHAN HARAM ISRAEL DI BUKIT GOLAN
    30 October, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.