• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    alquran

    • Home
    • Blog
    • alquran
    • LARANGAN MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI

    LARANGAN MEMBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI

    • Posted by Ammar
    • Categories alquran, Blog, Checklist, Iman
    • Date March 13, 2023

    وَلَا تُفْسِدُوْا فِى الْاَرْضِ بَعْدَ اِصْلَاحِهَا وَادْعُوْهُ خَوْفًا وَّطَمَعًاۗ اِنَّ رَحْمَتَ اللّٰهِ قَرِيْبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِيْنَ

    “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan dimuka bumi setelah diciptakan dengan sempurna. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan.” (Al-A’raf: 56)

    Manusia merupakan khalifah di muka bumi dan panggilan khalifah di muka bumi ini bukan hanya berlegar kepada individu tertentu sebaliknya setiap manusia itu sendiri adalah khalifah. Bila berbicara tentang “khalifah” menjadi peranan setiap insan itu untuk bersama-sama dalam menjaga setiap nikmat kurniaan Allah SWT daripada kerosakan dan kehancuran. Nikmat yang dimaksudkan adalah nikmat kurniaan Allah SWT untuk manfaat bersama seperti kejadian gunung-ganang, lautan, sungai, flora dan fauna serta lain-lain.

    Baru-baru ini saya ke sebuah pantai yang menjadi tumpuan pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Keindahan pemandangan di pantai tersebut menimbulkan rasa tenang dalam hati lebih-lebih lagi apabila kita menghayati dan memahami bahawa semua ini adalah sebagai salah satu cara kita mengenal Allah. Bagaimana kita mengenal Allah? Dengan cara kita melihat segala kebesaran dan keagungan-Nya melalui setiap penciptaan-Nya. Namun, tatkala menghayati dan mengagumi keindahan alam ciptaan Allah SWT, fokus ini terganggu melihat kesatu sudut di kawasan pantai tersebut. Apabila didekati, semakin jelas bahawa disebalik keindahan kawasan pantai tersebut, disana terdapat sebuah kawasan yang menjadi tempat longgokan sampah-sarap yang dibuang oleh pengunjung ke pantai tersebut. Lebih menjadi persoalan yang timbul ialah apabila tiada sebarang papan tanda menunjukan kawasan tersebut ialah tempat untuk membuang sampah bahkan tiada tong sampah disediakan di kawasan yang menjadi longgokan sampah tersebut. Apabila didekati juga kawasan tersebut menghasilkan bau yang sangat tidak menyenangkan sehinggakan tiada orang yang duduk berkelah berdekatan kawasan tersebut. Lebih menambah buruk kawasan tersebut apabila terdapat haiwan-haiwan liar seperti monyet yang menyelerakan sampah-sampah tersebut.

    Seharusnya, pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting dalam pemantau kebersihan disetiap pusat pelancongan yang menjadi tumpuan orang ramai pada musim cuti. Bahkan, pihak berkuasa juga perlu lebih komited dalam penguatkuasaaan undang-undang dengan memberikan hukuman kepada mereka yang sewenang-wenangnya membuang sampah ditempat tidak sepatutnya. Ibu bapa golongan dewasa juga perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak bukan menggalakan lagi anak-anak mereka untuk membuang sampah ditempat yang tidak sepatutnya seperti apa yang terlihat dikawasan tersebut. Mungkin, membuang sampah ditempat tersebut dilihat satu jalan mudah bagi sebahagian orang kerana tidak perlu mencari tong sampah, namun kesan yang lebih besar perlu dilihat apabila perbuatan ini mencemarkan persekitaran di kawasan pantai tersebut.

    Sebagai penutup, hargailah setiap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kerana setiap nikmat yang diperoleh ini adalah untuk kita syukuri dan selebihnya sebagai satu jalan untuk kita mengenal Allah SWT.

    • Share:
    author avatar
    Ammar

    Previous post

    ADAKAH CATATAN AMAL SESEORANG HAMBA HANYA DIBENTANGKAN PADA BULAN SYAABAN SAHAJA?
    March 13, 2023

    Next post

    MERASA MAKANAN DENGAN LIDAH BOLEH MEMBATALKAN PUASA??
    March 14, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023
    Dua Laut Bertemu Tetapi Tidak Bercantum
    MASYA-ALLAH, TANDA AL-QURAN MELANGKAUI ZAMAN
    13 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.