• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • MERDEKA DI NADI AL-QURAN

    MERDEKA DI NADI AL-QURAN

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, Blog, UstazUstazah.Com
    • Date August 29, 2023

    31 OGOS merupakan satu tarikh bersejarah bagi warga Malaysia yang menyimpan sejuta satu cerita pengorbanan dan perjuangan. Telah menjadi satu simbolik bagi meraikan dan menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan ini atau boleh digelar bulan patriotisme.

    Saban tahun, pelbagai aktiviti diadakan oleh  setiap agensi dan juga persatuan di Malaysia dan juga diluar negara dengan matlamat yang satu iaitu menyemai dan menyuburkan semangat patriotisme dalam diri.

    Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kata nama patriotisme itu membawa maksud perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air. Itulah yang cuba diterapkan dalam setiap aktiviti yang dibawakan oleh Ustazustazah.com dalam kalangan anak-anak Nadi Al-Quran.

    Bukanlah hanya dibulan Ogos ini sahaja semangat merdeka itu disemarakkan, tetapi bulan inilah menjadi bukti sejarah yang dimana kita sebagai rakyat Malaysia perlu meraikannya dengan gilang-gemilang.

    Seperti di Kg Bahagia, Sandakan, terdapat pelbagai pertandingan yang dijalankan pada 27 Ogos 2023 bagi memupuk semangat cinta akan negara. Antaranya ialah pertandingan menghias kelas, pertandingan azan, hafazan surah, nasyid dan kuiz.

    Gambar berkumpulan di Kg Bahagia selepas majlis penyampaian hadiah.

    Sekitar nyanyian lagu Tanggal 31 oleh anak-anak di Kg Bahagia.

    Manakala di Kg Sri Melenggang, Rembau, tenaga pengajar memanfaat masa cuti sekolah dibulan Ogos ini untuk aktiviti yang bertemakan kemerdekaan. Pertandingan mewarna diadakan bagi anak-anak berusia 9 tahun ke bawah, manakala pertandingan melukis dan mewarna adalah bagi anak-anak yang melebihi umur 9 tahun.

    Diadakan juga tayangan merdeka bersama anak-anak iaitu tayangan filem Mat Kilau yang ditayangkan melalui Neflix dan juga pertandingan Jet Merdeka iaitu satu pertandingan membuat jet menggunakan kertas dan pemenang ditentukan melalui siapa jet yang terbang paling jauh.

    Wajarlah bagi semua pihak untuk terus kekal menyemai semangat merdeka dalam kalangan masyarakat terutamanya kanak-kanak meski ianya hanya sekadar mengibar bendera. Terapkanlah nilai disebalik kibaran bendera itu dan makna disebalik setiap warna dan bentuk dibendera Malaysia.

    Tanpa perjuangan dan pengorbanan, mungkin tiadalah kibaran bendera pada masa kini, tidak mungkin ada juga bendera Malaysia yang sangat disanjung tinggi. Dirgahayu tanah airku. Tetapkanlah jati diri supaya teguh pegangan hidup dan tidak hilang akan makna diri.

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 66. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    MASYA-ALLAH, MULIANYA RASULULLAH TERHADAP OKU
    August 29, 2023

    Next post

    DOA TENTERA TOLUT : SIRI AKHIR
    August 30, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.