• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • MISI NADI AL-QURAN

    MISI NADI AL-QURAN

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, alquran, Blog, Menuntut Ilmu, UstazUstazah.Com
    • Date November 18, 2022

    Tatkala kita sedang leka dengan siaran-siaran rancangan di televisyen, ada mereka yang masih janggal dengan adanya televisyen. Tatkala kita sedang kekenyangan dengan makanan yang pelbagai, ada mereka yang hanya makan sekadar menghilangkan lapar atau alas perut. Tatkala kita dikelilingi dengan bermacam kelas tambahan dan malas ingin menghadirinya, ada mereka yang tidak pernah merasa apa itu sekolah dan pembelajaran. Tatkala kita mengambil mudah nikmat yang diberikan, ada mereka yang sangat terharu dan mensyukuri ruang dan peluang yang diberikan.

    Alhamdulillah, dengan semangat, keazaman dan doa-doa mereka yang menyokong misi ini. Sebuah program pendidikan diberi nama Nadi Al-Quran diadakan. Memberi ruang dan peluang buat anak-anak asnaf dan kurang berkemampuan dalam mendalami ilmu Al-Quran dan asas fardu ain. Bermula di Sabah (4), kini pusat pengajian dibuka di Negeri Sembilan (1) dan Perak (2) . Mempunyai 7 buah pusat kesemuanya. Mempunyai misi yang sama dalam melahirkan generasi celik Al-Quran.

    Menurut salah seorang tenaga pengajar di Sabah, belum mencecah satu tahun pusat pengajian ini dibuka, anak-anak ini telah mampu berkongsi ilmu yang dipelajari di pusat pengajian bersama ibu bapa mereka. Kini amalan baru telah bermula. Gerbang ilmu sudah dibuka. Nadi Al-Quran melazimkan diri dan lidah mereka dengan penghafalan surah-surah pilihan dan doa-doa harian disamping menguatkan lagi asas fardu ain seperti solat dan ibadah yang lain. Keseronokan mereka belajar bersama membuatkan kami terus bersemangat dalam menjalankan misi ini. Memberi ruang dan peluang buat mereka dalam mengukuhkan lagi pendidikan Al-Quran. Kerana Al-Quran merupakan buku manual kehidupan dan panduan yang jitu buat semua umat Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Berpegang teguh kepadanya demi mencapai redha Ilahi dan matlamat yang utama yakni syurga Firdaus.

    Matlamat utama Nadi Al-Quran bukan sahaja ingin melahirkan generasi celik Al-Quran tetapi mendidik dan mengasah potensi diri dalam diri anak-anak ini untuk mereka tempuh masa hadapan dan menjadi pemuda pemudi yang kukuh jati dirinya demi agama, bangsa dan negara.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    <strong>MENANDATANGANI PERJANJIAN NADI AL-QURAN DI TELUK INTAN PART 2</strong>
    November 18, 2022

    Next post

    SEKUFU DALAM PERKAHWINAN
    November 22, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.