PENSABITAN TUDUHAN ZINA DALAM RUMAHTANGGA
enceraian di Malaysia boleh berlaku melalui banyak kategori antaranya adalah disebabkan melalui lafaz lian. Lian dari segi bahasa didefinasikan sebagai laknat. Dari segi istilah pula adalah sumpah suami yang disertakan laknat dari Allah swt untuk menolak hukuman qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri untuk menafikan nasab atau sumpah isteri yang disertakan kemurkaan Allah swt untuk menolak tuduhan zina yang dibuat oleh suami. Li’an ada disebutkan dalam al-Qur’an berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Dan orang-orang yang menuduhi isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesah tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali bahawa sesungguhnya dia dari orang yang benar. Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata) bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia daripada orang-orang yang berdusta.
Rukun untuk menetukan lian adalah suami, isteri, lafaz lian dan sebab lian. Antara sebab berlaku lian adalah suami menuduh isterinya berzina, tetapi tidak mengemukakan 4 orang saksi. Selain itu, disebabkan oleh suami tidak mengakui anak yang dikandung oleh isterinya ataupun isteri menafikan tuduhan yang dibuat oleh suami. Selain itu tuduhan lian adalah disebabkan untuk mengelakkan hukuman qazaf. Disini maksud qazaf dapat diertikan bahawa seseorang menuduh perempuan yang baik atau suci berzina tanpa 4 orang saksi yang adil. Lafaz sumpah berlaku apabila kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan-perkataan li’an. Jika salah seorang menukar lafaz penyaksian dengan lafaz lain seperti aku bersumpah atau dia menukarkan perkataan laknat dengan perkataan murka atau sebaliknya, li’an tersebut tidak sah. Ini kerana lafaz li’an diterangkan dengan jelas dalam al-Qur’an al-Karim dan mesti digunakan semasa melakukan lian. Perkara sunat lama proses lian ada beberapa perkara antaranya hakim mengingatkan tentang balasan yang akan diterima jika mereka berdusta ataupun suami bangun semasa melafazkan sumpah dan isteri duduk dan sebagainya serta lian akkan dilakukan di hadapan orang ramai.
Proses lian akan dilakukan dengan suami bersumpah di hadapan hakim sebanyak 4 kali & sumpah yang ke-5 disertakan dengan laknat Allah jika dia berdusta. Kelima-lima penyaksian (lafaz li’an yang disebut sebanyak lima kali) hendaklah dilakukan secara mualat dan berturut-turut. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan oleh sebarang perkara yang dianggap uruf sebagai pemisah. Hakim wajib memberikan nasihat dan mengingatkan kedua-dua pasangan supaya tidak berbohong. Jika seorang suami menuduh isterinya berzina, dia akan dikenakan hukuman qadlif, jika ia tidak dapat membuktikan tuduhan dengan membawa 4 orang saksi. Dalam keadaan ini suami boleh menggunakan acara li’an untuk mengelakkan hukuman ke atasnya. Jika pihak-pihak kepada suatu perkahwinan telah bersumpah secara li’an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie dalam hukumannya. Hakim Syarie itu akan memerintahkan mereka faraq dan dipisahkan dan tinggal berasingan selama-lamanya. Implikasi sumpah lian adalah suami isteri akan terpisah selama-lamanya. Selain itu, haram berkahwin semula selama-lamanya Allah swt akan melaknat ke atas suami dan isteri jika mereka berdusta. Di samping itu, suami juga akan dilepaskan daripada hukuman qazaf manakala isteri terlepas daripada dikenakan had zina serta anak ternafi nasabnya.