• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Iman

    • Home
    • Blog
    • Iman
    • PENYAYANG AKAN DISAYANG

    PENYAYANG AKAN DISAYANG

    • Posted by Nur Fatihah
    • Categories Iman
    • Date November 9, 2022

    مَنْ لَا يَرْحَمْ لَا يُرْحَمْ

    “Barang siapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi.” [HR. Muslim, 2318]

    Bersesuaian dengan sifat Allah SWT yang Maha Penyayang, kita sebagai hambaNya dituntut sebaik mungkin mengikuti sifatNya yang Maha Baik itu. Saling menyayangi itu dapat pahala, saling menyayangi itu menyenangkan, saling menyayangi itu banyak sahabat, saling menyayangi itu banyak rezeki dan berkat, serta saling menyayangi itu sangat indah.

    Agama Islam agama tasamuh. Islam mengajar umatnya agar sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain. Surat cinta daripada Allah SWT yang Maha Esa dan sabda Rasulullah SAW juga sentiasa menyeru manusia ke arah betapa pri pentingnya sifat berkasih sayang ini. Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari, 13.

    Rentetan daripada itu, kita dituntut untuk sentiasa memuliakan, menghormati dan menyayangi manusia tanpa mengira peringkat usia. Tidak kiralah orang tersebut lebih muda daripada kita atau sebaliknya. Sebagaimana sabda Baginda SAW, maksudnya: “Bukan daripada kalangan kami, orang yang tidak menyayangi orang yang muda (lebih kecil usia) dan orang yang tidak menghormati orang yang dewasa (lebih berusia).” (Riwayat al-Tirmizi, 1921)

    Sudah terang lagi bersuluh, hikmah dari saling menyayangi ini kita pasti akan disayangi Allah SWT dan disayangi sesama manusia. Dengan berkasih-sayang juga kita pasti akan dapat mengurangkan kebencian, peperangan, permusuhan dalam selimut dan sifat dendam yang mampu menjadi barah apabila disimpan. Ambillah pedoman atas firman Allah SWT ini, maksudnya “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik”. (Al Furqan, 63)

    Satu daripada kisah sirah Rasulullah SAW yang boleh dijadikan iktibar yang membuktikan betapa sayangnya dan kasihnya sosok Rasulullah SAW ini kepada kita ialah sebuah kisah yang tidak asing lagi yakni Peristiwa Taif. Ketika mana Rasulullah SAW dibaling batu sewaktu berdakwah di Taif sehingga kaki berdarah dan bertakung dalam kasut yang dipakai baginda SAW, namun Baginda SAW masih mendoakan kebaikan kepada penduduk Taif, bahkan tidak melaknati mereka.

    Hal ini juga dapat dilihat apabila Rasulullah SAW menolak pelawaan malaikat Jibril untuk timpakan gunung ke atas penduduk Taif yang menolak dakwah dan menyakiti Baginda SAW. Bahkan, Baginda SAW yang sememangnya berakhlak Al-Quran dan  mempunyai sifat belas kasihan serta penyayang yang tinggi, Rasulullah SAW memaafkan mereka malah berdoa dengan penuh kasih sayang, “Ya Allah berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

    Tuntasnya, marilah kita saling mencintai antara sesama saudara Muslim. Tetaplah saling mendoakan kebaikan-kebaikan orang lain terhadap kita. Semoga Allah SWT menggolongkan kita dalam kalangan orang-orang yang penyayang agar mendapat kasih sayangNya. “Sesungguhnya kasih sayang Allah itu sangat dekat dengan orang-orang yang berbuat kebaikan”. (Al-A’raf, 56)

    • Share:
    author avatar
    Nur Fatihah

    Previous post

    PENGENALAN ILMU TAUHID
    November 9, 2022

    Next post

    JALAN KE NERAKA: Memutuskan Silaturrahim
    November 15, 2022

    You may also like

    Gambar Artikel Terakhir
    Marah Adalah Salah Satu Panahan Syaitan.
    11 September, 2023
    images (5)
    UMRAH SEBUAH PERJALANAN MANIFESTASI IMAN
    4 September, 2023
    images-4
    SUDUT PANDANG HADITH TENTANG AMALAN MANDI SAFAR
    21 August, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.