PERJALANAN MASIH JAUH
ALHAMDULILLAH, Pusat Nadi Al-Quran merupakan sebuah program yang dibawakan oleh Ustazustazah Dot Com Sdn Bhd sejak tahun 2022. Sebanyak 3 negeri telah dijelajahi untuk pembukaan pusat ini iaitu negeri Sabah, Negeri Sembilan dan Perak.
BERAPA BANYAK PUSAT YANG TELAH DIBUKA?
Sebanyak 6 buah pusat yang telah dibuka iaitu 3 buah pusat di Sabah, sebuah di Negeri Sembilan dan 2 buah pusat di Perak. Senarai pusta-pusat yang dibuka adalah di Kg Bahagia Sandakan Sabah, Kg Sri Melenggang Negeri Sembilah, Kg Karamunting Sandakan Sabah, Taman Jelawat Teluk Intan Perak, Taman Sri Bahagia Teluk Intan Perak dan Kg Gana Kota Marudu Sabah.
Bilangan pelajar bagi permulaan pembukaan bagi setiap pusat adalah seramai 20 orang. Walaupun begitu, permintaan demi permintaan diterima daripada penduduk setempat dan para ibu bapa yang mengenali Nadi Al-Quran. Secara perlahan-lahan, pendaftaran dibuka bagi beberapa buah pusat Nadi Al-Quran bagi memberi lebih ruang dan peluang dalam pendidikan Al-Quran ini.
Setakat Ogos 2023, alhamdulillah pelajar yang berdaftar dibawah Nadi Al-Quran adalah seramai lebih kurang 300 orang dan secara keseluruhan daripada 6 buah pusat, sebanyak 14 kelas. Di Kg Bahagia, daripada 1 kelas pada April 2022, telah bertambah menjadi 2 kelas pada bulan Oktober 2022.
Disebabkan permintaan yang sangat tinggi daripada ibu bapa dikampung tersebut, Ustazustazah.com mengambil inisiatif untuk membina sebuah rumah khas untuk pusat Nadi Al-Quran di Kg Bahgia dan Mei 2023, Kg Bahagia berjaya membuka 6 buah kelas dan memuatkan seramai 182 orang.
Bagi pusat di Kg Sri Melenggang, Negeri Sembilan, pada permulaannya hanya seramai 20 ke 25 pelajar sahaja yang berdaftar. Tahun 2023, pendaftaran dibuka dan menjadikan pelajar di Negeri Sembilan seramai 33 orang.
Salah satu aktiviti yang diadakan bersama anak-anak Nadi Al-Quran Kg Bahagia iaitu bacaan yasin dan tahlil.
Pelajar dan kelas di sesebuah pusat itu bergantung kepada keperluan, permintaan dan juga sumber tenaga yang ada bagi menjayakan pusat tersebut. Besar harapan Ustazustazah.com dalam meneruskan perjuangan dakwah dalam perjalanan ini. Masih jauh lagi perjalanan dalam mendidik dan membangunkan sebuah generasi yang mengaplikasikan Al-Quran dalam diri. Hala tuju Ustazustazah.com adalah selama 10 tahun dalam pembangunan generasi melalui pusat Nadi Al-Quran.
Kami percaya dan yakin, dengan pendidikan, pendedahan dan pengalaman yang diberi melalui pembelajaran, program dan aktiviti di Nadi Al-Quran, sedikit sebanyak akan menjadikan setiap seorang daripada anak-anak ini seorang yang memberi balik kepada ummah kerana mereka yang hari ini bukan mereka yang semalam dan generasi hari inilah yang akan menerajui masa hadapan.
Wallahualam.