• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Aktiviti UUC

    • Home
    • Blog
    • Aktiviti UUC
    • PROGRAM KERJASAMA PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH REMBAU, YaPEIM & USTAZUSTAZAH.COM: SERAHAN KIT BACK TO SCHOOL

    PROGRAM KERJASAMA PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH REMBAU, YaPEIM & USTAZUSTAZAH.COM: SERAHAN KIT BACK TO SCHOOL

    • Posted by Alifah
    • Categories Aktiviti UUC, alquran, Blog, Menuntut Ilmu, Rezeki, UstazUstazah.Com
    • Date March 12, 2023

    Sebuah kerjasama dijalinkan sekali lagi dengan Pejabat Agama Islam Daerah Rembau (PAID) dan Ustazustazah Dot Com Sdn Bhd bagi menjayakan program Serahan Kit Back to School bagi tahun 2023. Program kali ini merupakan anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan berkolaborasi bersama PAID Rembau dan UUC. Kerjasama ini diteruskan bersama Surau Kg Sri Melenggang yang dipengerusikan oleh Encik Mohamed bin Mohd Nor.

    Menyasarkan golongan B40 dan M40 yang terdiri daripada 30 orang pelajar sekolah rendah dan 20 orang pelajar sekolah menengah. Program ini berlangsung di Surau Kg Sri Melenggang di Astana Raja, Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 10 Mac 2023. Rentetan sesi persekolahan yang bakal bermula 20 Mac 2023 kelak, program ini merupakan satu inisiatif bantuan bagi meringankan beban golongan yang disasarkan oleh YaPEIM dengan kerjasama PAID Rembau dan disokong oleh UUC dan Surau Kg Sri Melenggang.

    Dengan sedikit sumbangan yang diberikan, diharapkan para pelajar akan terus bersemangat untuk menuntut ilmu dan bercita-cita tinggi untuk menjadi kebanggaan keluarga, agama dan negara. Sumbangan berbentuk set alat tulis, mewarna, string bag dan sejumlah wang tunai diberikan kepada para pelajar. Suntikan semangat ini seharusnya dicontohi dan wajar diteruskan bagi tahun-tahun berikutnya. Para pelajar ini juga merupakan anak-anak dibawah program Nadi Al-Quran yang dibawakan oleh Ustazustazah Dot Com Sdn Bhd.

    Besarlah harapan untuk anak-anak ini terus menjadi insan yang bermanfaat buat komuniti pada masa akan datang dan suntikan semangat ini akan terus menjadi pembakar dalam jiwa mereka untuk terus belajar walau dalam apa bidang sekalipun khususnya ilmu Al-Quran.

    Semoga kerjasama yang terjalin antara tiga agensi ini menjadi satu ikatan ukhuwah yang berkekalan bagi meneruskan bakti kepada ummah dan negara.

    • Share:
    author avatar
    Alifah

    Previous post

    RAHSIA BEBASKAN DIRI DARI KEMELUT RUMAHTANGGA
    March 12, 2023

    Next post

    10 SIFAT YANG PERLU ADA DALAM DIRI MUKMIN
    March 13, 2023

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    Iqra Let’s Pray in the holy month of Ramadan Moeslim Islamice Rmadhan (1)
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    14 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.