RAHSIA BEBASKAN DIRI DARI KEMELUT RUMAHTANGGA
Melalui Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, keganasan rumah tangga bukan lagi suatu peribadi tetapi telah menjadi kebimbangan masyarakat. Ia juga merupakan suatu jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Tips bagi mangsa keganasan rumah tangga yang mengalami kecederaan boleh mendapatkan bantuan daripada pihak polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital dan badan bukan kerajaan (NGO) dan juga boleh mengambil tindakan terhadap pendera mereka. Walaupun kebanyakan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan melibatkan mangsa wanita, namun lelaki, warga emas dan kanak-kanak juga boleh menjadi mangsa.
Di bawah Akta ini, seseorang mangsa oleh mengambil tindakan yang berikut adalah mendapatkan pertolongan atau panduan daripada mana-mana pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya, kita perlulah mendapatkan perlindungan segera di Pusat Khidmat Sepadu di Unit Kecemasan hospital utama. Di samping itu, mangsa bolehlah berjumpa atau menghubungi peguam atau pegawai Jabatan Bantuan Guaman atau mana-mana institusi yang diiktiraf untuk mendapakan sokongan dan kelaur dari masalah ini. Selepas itu, mangsa bolehlah membuat lapoan polis di mana-mana balai polis walaupun balai polis itu berada di luar kawasan tempat kejadian.
Jenis-jenis keganasan rumah tangga boleh berlaku melalui pelbagai cara antaranya ialah melalui penderaan fizikal, penderaan emosi, penderaan seksual, pengasingan, ugutan, penderaan ekonomi dan mengendap seperti mengganggu dan mengancam berulang kali. Keganasan rumah tangga ini adalah suatu perbuatan penderaan oleh seorang ahli keluarga terhadap ahli keluarga lain. Orang yang melakukan keganasan rumah tangga cuba mengawal orang yang didera dengan cara yang tidak sepatutnya.
Pernah kita dengar hadith berkenaan berbuat baik terhadap isteri lebih dari orang lain. Hadith yang diriwayatkan adalah, “Sesempurna iman orang-orang mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim. Sebagai seorang suami yang bertanggungjawab dan baik tidak sepatutnya seorang suami bertindak mengikut emosi apabila berlaku masalah rumahtangga. Setiap masalah yang berlaku dalam rumahtangga suami sebagai ketua keluarga perlu mengambil langkah mengawal emosi dan tidak sewenang-wenangnya mengangkat tangan untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Bagi isu berkenaan suami tidak boleh memukul isteri berlebih-lebihan adalah tidak dibenarkan kerana pukulan yang dibenarkan hanyalah sekadar mendidik kerana ini adalah senjata terakhir yang boleh digunakan setelah semua jalan lain gagal iaitu dengan memberikan teguran baik dahulu kepada isteri kemudian memboikot tempat tidur. Marah datang dari syaitan dan hawa nafsu. Seseorang individu muslim haruslah beristigfar, ambil wuduk, bersolat dan banyakkan bercakap untuk meredakan kemarahan.
Isteri juga bukan ‘punching bag’ dan tempat meluah kemarahan kerana dalam Islam Allah telah meletakkan isteri pada martabat yang tinggi. Apabila seseorang suami itu marah dinasihatkan dalam Islam pertamanya mengubah keadaan kedudukan dulu iaitu jika berdiri hendaklah duduk, jika duduk hendaklah berbaring. Suami isteri juga bolehlah bermusyawarah secara aman setelah kemarahan itu reda untuk mennyatakan ketidakpuashatian masing-masing. Bermusyawarah ini boleh kerap kali dilakukan dan ianya juga penting untuk membincangkan hal-hal yang berlaku dalam rumahtangga untuk melahirkan kelaurga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.