CINTA YANG SUCI
Cinta merupakan salah satu dari amalan hati yang dirasai oleh semua manusia. Ia merupakan perasaan dalaman manusia yang wujud secara fitrah. Namun demikian, seandainya manusia dibiarkan mengurus perasaan cinta tanpa bimbingan, dibimbangi cinta tersebut akan dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan. Akibatnya cinta tersebut akan membawa pemiliknya ke arah kesengsaraan hidup.
Buya Hamka pernah berkata:
“Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.”
Maka dengan itu, sebagai seorang muslim kita perlulah bercinta berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah agar matlamat percintaan kita tidak menuju kepada kemaksiatan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah bukan sebaliknya.
Cinta diiktiraf sebagai keperluan hidup dan juga jalan untuk mengenali dan membesarkan Allah s.w.t. Firman Allah:
وَمِنْ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.
Surat Az-Zariyat Ayat 49
Oleh itu setiap percintaan wajarlah dilandasi dengan iman dan ilmu yang benar agar matlamat perkahwinan dan percintaan seiring dengan agama Islam.
Islam agama cinta dan damai. Bagaimana kita sebagai muslim mempraktikkannya dalam kehidupan?
Mempraktikkan cinta berlandaskan agama islam dalam kehidupan adalah mengutamakan Cinta Ya Kholi’, Cinta kepada Allah dan Rasulullah. Wajib bagi setiap umat Islam membuktikan Cinta terhadap Allah dan Rasulullah dengan menjalankan kewajipan yang diperintahkan dan menjauhi segala larangan Allah. Kita juga hendaklah membuktikan percintaan kepada Rasulullah dengan mengamalkan sunnah-sunnahnya. Seperti firman Allah:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surat Ali ‘Imran Ayat 31
Dalam ayat ini kita dapat mengetahui bahawa kita wajib mencitai Allah dengan sebenar-benarnya cinta, maka hendaklah ia dengan hatinya mencintai apa yang Allah cintai dan rasul-Nya, dan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan rasul-Nya, tetapi jika ia melakukan suatu perbuatan yang menyalahi kecintaan Allah, maka sesunguhnya hal itu menandakan kurangnya cinta dalam dirinya, maka hendaklah ia bertaubat kepada Allah dan kembali menyempurnakan cintanya. Ini kerana Allah sentiasa mengampunkan hamba-hambaNya dengan sifatnya Ar-Rahim.
Cinta dan kasih sayang?
Cinta dan kasih sayang adalah dua perkara yang sangat sinonim. Setiap perkara yang dicintai wajiblah kita berkasih sayang antaranya. Seperti ibu kasihkan pada anaknya dan sanggup berkorban apa sahaja. Begitulah dalam percintaan sesama manusia seperti pasangan suami isteri, adik beradik ibu ayah dan sebagaimnya. Bukan itu sahaja, cinta dan sayang kepada haiwan juga adalah perkara yang baik. Sifat kasih sayang ini termasuk dalam sifat yang dicintai Allah subhanahu wa ta’ala. Bahkan, Allah subhanahu wa ta’ala membenci orang-orang yang tidak memiliki rasa kasih sayang di hatinya. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadisnya, “Rasa kasih sayang tidaklah dicabut, melainkan hanya dari orang-orang yang celaka” (H.R. Ibn Hibban).
Tag:ustazustazahcom