SAIDATINA KHADIJAH R.A INSPIRASI MUSLIMAH AKHIR ZAMAN
Nama penuhnya Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin ‘Abdil ‘Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu’anha. Seorang usahawan yang berjaya dan mahsyur di kota Makkah. Ibn Ishaq mengatakan, Khadijah merupakan seorang peniaga wanita yang memiliki kemuliaan dan harta. Beliau mengupah pekerja dalam kalangan orang lelaki untuk menjual barang-barang perniagaannya.
Sehinggakan bertemu dengan seorang pemuda yang baik akhlaknya dan jujur dalam menjalankan kerja. Beliau merasakan lelaki ini adalah pekerja yang terbaik dan Saidatina Khadijah terus mempelawa Nabi SAW yang ketika itu yang belum dilantik menjadi Rasul untuk membawa barangan beliau dan diniagakan di Syam. Lalu, dikumpulah barang-barang dan pekerja yang terbaik untuk mengikuti rombongan dagang beliau yang akan dipimpin oleh pemuda yang bernama Muhammad itu. Saidatina Khodijah juga menghantarkan Maisarah untuk melaporkan perjalanan perniagaan mereka kesana.
Semasa di Syam, Nabi Muhammad berehat di sebatang pokok berhampiran dengan sebuah istana yang didiami oleh seorang pendeta. Pendeta tersebut bertanya kepada Maisarah, “siapakah lelaki yang berehat di pokok itu?”. Maisarah menjawab, “seorang lelaki Quraisy dari tanah haram”. Pendeta itu berkata Tiada syak lagi bahawa orang yang berehat di bawah pokok itu merupakan seorang nabi.
Sejurus sampa ke Makkah, maisarah menceritakan hal tersebut kepada Saidatina Khodijah. Saidatina Khodijah telah tertarik dengan sifat Nabi Muhammad dan menghantar Maisarah untuk menjadi perantara kepada Nabi Muhammad. “Sesungguhnya saya (Khadijah) telah berkenan dengan kamu disebabkan oleh hubungan kerabat kamu dengan saya, kemuliaan kamu di hadapan kaummu serta kejujuran kamu terhadap mereka. Juga kebaikan akhlak dan kejujuran tutur katamu”. Lalu beliau pun menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Baginda. Lalu, hasrat tersebut kemudiannya disampaikan pula kepada bapa-bapa saudara Baginda.
Setelah itu, Baginda SAW mengikuti Sayidina Hamzah bin Abdul Muttalib ke rumah Khadijah. Lalu, dikahwinkanlah mereka berdua, Muhammad bin Abdullah dan Khadijah binti Khuwailid. Saidatina Khadijah ketika itu diwakili oleh bapa saudaranya, ‘Amru bin Asad sebagai walinya.
Perawat Duka, Khairul Anam
Kisah ini telah dirakam dalam sahih bukhori, Saidatina Khodijah menceritakan Ketika wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Nabi telah bermimpi cahaya pagi Baginda diberikan keinginan yang kuat untuk bersendirian (beruzlah).
Wanita yang hebat ini telah menenteramkan suaminya Nabi Muhammad yang dalam keadaan kerisauan dan kegelisahan semasa Baginda pulang dari Gua Hira’. Apabila penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan lemah lembut dan penuh hikmah, Saidatina Khodijah berkata kepada Nabi Muhammad: “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.
Masha Allah sungguh hebat Saidatina Khodijah memainkan peranannya sebagai seorang isteri untuk menenangkan kagusaran hati Nabi Muhammad. Menjadi menyokong dan pemberi semangat kepada Rasulullah saat menghadapi cabaran semasa berdakwah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini.
3 tahun sebelum penghijrahan nabi, pada umur 65 tahun Khodijah RA telah wafat disaat genting dakwah Nabi di Makkah. Pemergiannya ditangisi oleh Nabi Muhammad SAW kerana pemergian ini selang waktu yang singkat dengan bapa saudaranya, Abu Thalib.
Terdapat sebuah hadis yang mengatakan bahwa Allah SWT dan malaikat Jibril menyampaikan salam kepadanya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang berbunyi,
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال أَتَى جِبْرِيلُ النَّبِيَّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ! هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْ مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ، فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ؛ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلامَ مِنْ رَبِّهَا – وَمِنِّي -، وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ مِنْ قَصَبٍ، لا صَخَبَ فِيهِ ولا نَصَبَ
Dari Abu Hurairah RA, disebutkan bahwa pada suatu ketika Jibril pernah datang kepada Rasulullah SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah, ini dia Khadijah. Ia datang kepada engkau dengan membawa wadah berisi lauk pauk, atau makanan atau minuman. Apabila dia datang kepada engkau, maka sampaikanlah salam dari Allah dan dariku kepadanya. Selain itu, beritahukan pula kepadanya bahwa rumahnya di surga terbuat dari emas dan perak, yang di sana tidak ada kebisingan dan kepayahan di dalamnya.”
Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]
Masha Allah syurga adalah sebaik-baik tempat yang tiada bandingannya dengan dunia dan isinya. Betapa mulianya hati Saidatina Khadijah yang patut diteladani oleh muslimah pada zaman ini. Sentiasa menjadi penyokong dan pendorong yang baik buat suami dan menjadi hamba Allah yang taat segala perintah dan laranganNya.
Tag:ustazustazahcom