• Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri
Ustazustazah.com
  • Utama
  • Tentang Kami
  • Blog
  • Galeri

    Blog

    • Home
    • Blog
    • Blog
    • SELAMAT DATANG REJAB YANG MULIA 🤲❤

    SELAMAT DATANG REJAB YANG MULIA 🤲❤

    • Posted by pengurus
    • Categories Blog, Doa, Rejab, Selamat Tahun Baru, UstazUstazah.Com
    • Date February 3, 2022
    SELAMAT DATANG REJAB YANG MULIA 🤲❤

    Sunnatullah malam dan siang berlalu berganti hari. Sahabat, gerbang Ramadhan sudah mula menampakkan dirinya dengan kehadiran Rejab yang mulia. Alhamdulillah, sekian kalinya Allah menjemput kita memasukinya.
    Rejab yang hadir hari ini, menandakan kita sedang berada di landasan menuju madrasah Ramadan al-Mubarak.
    Ramai para sahabat dan salafus soleh membahagikan setiap tahun kepada dua bahagian. Enam bulan pertama hingga Ramadan adalah bulan beribadat dan berdoa kepada Allah agar disampaikan kepada bulan Ramadan.
    Manakala enam bulan selepasa Ramadan, mereka berdoa agar Allah SWT menerima amalan mereka di bulan Ramadan.
    .
    SENARAI SEMAK IBADAH MENUJU RAMADAN
    🌹 Memperbanyakkan dan memperbetulkan bacaan al-Quran.
    🌹 Mendidik diri menghidupkan solat malam.
    🌹 Menghabiskan puasa ganti bagi wanita yang belum habis menggantikan puasa.
    🌹 Mempelajari ilmu fiqh atau kisah di sepanjang bulan Ramadan.
    🌹 Meletakkan target yang nak dicapat pada bulan Ramadhan nanti.
    🌹 Meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.
    🌹 Memperbanyakkan doa.

    Daripada Anas bin Malik, sabda Nabi Muhammad SAW :
    “كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: ” اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ “
    Nabi Muhammad SAW apabila memasuki bulan Rejab, beliau berdoa ‘Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan berkatilah kami di bulan Ramadan.’
    (HR Ahmad)

    Semoga dengan persediaan yang kita lakukan ini, Allah memberikan lagi kesempatan dan rezeki kepada kita untuk melalui bulan Ramadan Al-Mubarak dan memperoleh kebaikan daripadanya.
    Aamiin yr alamin 💕

    #SelamatdatangREJAB #jomshare #ustazustazahcom
    • Share:
    author avatar
    pengurus

    Previous post

    Malam Mustajab DOA
    February 3, 2022

    Next post

    59 Hari Menuju Ramadhan
    February 3, 2022

    You may also like

    download-1
    MEREKA YANG DIJAMIN SYURGA
    5 December, 2023
    mukmin
    SYURGA TERTINGGI BAGI MUKMIN SEJATI
    24 November, 2023
    TUNDUKKAN
    MUKMINKAH AKU?  SIRI 2
    8 November, 2023

    Leave A Reply Cancel reply

    You must be logged in to post a comment.

    Search

    Categories

    • Aktiviti UUC
    • alquran
    • Anak Yatim
    • Bantuan Banjir
    • Blog
    • Checklist
    • Doa
    • Hadis
    • Iman
    • Jamadilawal
    • Jejak Prihatin
    • Keampunan
    • Khusyuk
    • Kit Ramadhan
    • masjid
    • Maulidur Rasul
    • Menuntut Ilmu
    • Palestine
    • Perkahwinan
    • Rabiulakhir
    • Rabiulawal
    • Ramadhan
    • Rejab
    • Rezeki
    • sahur
    • Sedekah
    • Selamat Tahun Baru
    • Solat
    • Sujud
    • Tips
    • Tips Keluarga
    • Ujian Hidup
    • Uncategorized
    • UstazUstazah.Com
    • Wanita
    • Wudhu
    • Zakat

    Copyright (C) 2021 ustazustazah.com. All rights reserved.